Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

99) PERSIAPAN MENGHADAPI BANJIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana pelan tindakan oleh agensi? Agensi kerajaan dalam persediaan andaikata berlakunya banjir-banjir kilat dan banjir besar?

    Pelan tindakan bagi menghadapi banjir adalah seperti berikut :

    Sebelum banjir :

    • Mengenalpasti dan menyelenggara rekod kawasan-kawasan banjir. (JPS, PEJ.DAERAH, PBT, JKR)
    • Memastikan infrastruktur untuk sistem ramalan dan amaran awal banjir berada dalam keadaan sempurna. (JPS)
    • Memastikan aset-aset dan peralatan dalam keadaan bersedia. (JPS, PEJ.DAERAH, PBT, JKR)
    • Memantau tindakan agensi dalam melaksanakan program pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur saliran. (JPS, PEJ.DAERAH, PBT, JKR)

    Semasa banjir :

    • Menyalurkan maklumat seperti kenaikan paras air dan keamatan hujan serta maklumat lokasi banjir. (JPS)
    • Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Bencana Negeri dalam bentuk peralatan seperti pam, jentera dan kenderaan. (JPS, PEJ.DAERAH, PBT, JKR)

      Selepas banjir :

    • Laporan dan penilaian kerosakan banjir
    • Mengenalpasti punca-punca dan cadangan penyelesaian
    • Pengutipan data-data banjir seperti bilangan mangsa yang terlibat, keluasan kawasan banjir, senarai jalan-jalan yang terlibat banjir
    • Menyelaras permohonan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi tindakan jangka masa pendek dan jangka masa
    • Menentukan keutamaan kepada kawasan – kawasan yang kerap banjir
    • Mengenalpasti dan menilai impak banjir
    • Membuat pemantauan banjir dari segi ramalan banjir berdasarkan kuantiti hujan yang turun, kenaikan paras air sungai
    • Menyalur maklumat banjir dari segi hebahan media cetak atau elektronik kepada orang awam
    • Menilai dan menyediakan cadangan penyelesaian terhadap aduan banjir
    • Untuk mengenalpasti kawasan banjir dengan keutamaan ‘hot spot’ kawasan banjir. Keutamaan ‘hot spot’ kawasan banjir merujuk kepada kawasan yang ditenggelami air secara berulang kali setiap
  2. Adakah terdapat kajian menyeluruh terhadap sistem perparitan/saliran di Selangor dan keupayaannya menampung dan menyalirkan air ketika hujan? Nyatakan kajian tersebut?

    JPS tidak mempunyai kajian menyeluruh ke atas sistem saliran satu Kajian Pelan Induk Saliran yang pernah dibuat :-

    • Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Klang
    • Kajian Pelan Induk Saliran Seri Kembangan
    • Kajian Pelan Induk Saliran Banting
    • Kajian Pelan Induk Saliran MSC

     

Lampiran

Tiada Lampiran.