Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
130) PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN KOTA RAJA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Cadangan untuk persempadanan semula Parlimen Kota Raja yang meliputi 3 PBT, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya kerana kesukaran berurusan. Adakah kerajaan negeri akan memberi pertimbangan kepada sebarang cadangan penubuhan baru Majlis Perbandaran Kota Raja bagi melicinkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan memudahkan orang ramai berurusan?
i. Parlimen Kota Raja ditadbir dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Klang. Terdapat dua Pusat Pertumbuhan Kecil di Parlimen Kota Raja iaitu Sri Muda di dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dan Sri Andalas di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Klang.
Sri Andalas
- Dalam DRT Majlis Perbandaran Klang 2002 – 2015 , Sri Andalas dikategorikan sebagai Pusat Pertumbuhan kecil.
- Peranan Pusat Pertumbuhan Kecil adalah untuk memperkukuhkan Pembangunan Pelabuhan Klang dan Pulau Indah sebagai Pusat Pertumbuhan Utama.
Sri Muda
- Dalam DRT Majlis Bandaraya Shah Alam 2002-2020, Sri Muda dikategorikan sebagai Pusat Pertumbuhan Kecil.
- Sri Muda berperanan menyokong pembangunan Pusat Perkhidmatan sedia ada iaitu Kota Kemuning dan Bukit Rimau seperti yang terkandung dalam DRT Majlis Bandaraya Shah Alam 2002-2020.
ii. Pembangunan sebuah pusat bandar baru bergantung kepada ketersediaan tapak di kawasan tersebut untuk pembangunan pusat
bandar baru.iii. Untuk Mewujudkan satu pusat bandar baru dengan struktur majlis sendiri perlu diputuskan oleh pihak Kerajaan Negeri.
-
Sekiranya diberi pertimbangan bilakah agaknya ia boleh dilaksanakan dan adakah ia memerlukan pindaan berkaitan undang-undang dan sekiranya ada undang-undang apakah yang perlu dipinda?
Sama seperti di Sub(a).
-
Kota Raja adalah satu kawasan Parlimen yang tidak mempunyai bandar dan justeru itu satu kawasan bandar baru perlu diadakan segera. Apakah keperluan bagi mewujudkan satu bandar baru dengan struktur majlis sendiri?
Sama seperti di Sub(a).