Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
331) PERSEDIAAN SUKMA 2026 DI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan anggaran kos untuk persediaan SUKMA 2026 akan datang.
Bagi menjayakan pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026 dianggarkan kos / baget keseluruhan berjumlah RM 250,000,000.00 melibatkan kos dari aspek antaranya pengurusan sekretariat, persediaan atlet, penyediaan teknikal peralatan kelengkapan pertandingan, perkampungan sukan/makan minum, sistem teknologi ICT/ sistem, logistik/ pengangkutan, media/ promosi/protokol, hadiah/cenderamata, keselamatan/kecemasan/ Doping, Majlis Pembukaan/penutup/Majlis makan malam rasmi/ pertandingan golf VIP, Pelancaran Temasya / larian obor, sukarelawan, dan infrastruktur/venue pertandingan.
Walau bagaimanapun untuk menampung kos penganjuran yang tinggi ini kerajaan Negeri Selangor percaya akan ada jumlah penajaan daripada Syarikat Agensi Kerajaan ( GLC ) mahupun Swasta akan turut bersama membantu dalam pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026 ini.
-
Berapakah sasaran pingat emas untuk dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor di dalam SUKMA 2026 nanti?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor mula merangka dan melaksanakan beberapa langkah dalam meningkatkan prestasi atlet serta jurulatih sukan di Negeri Selangor terutamanya sebagai persiapan kontinjen Negeri Selangor ke Temasya SUKMA 2026. Program latihan atlet telah bermula dari Januari 2025 berdasarkan plan strategik yang telah dibentuk.
Memandangkan Temasya SUKMA 2026 Negeri Selangor akan menjadi sebagai Tuan Rumah, Kerajaan negeri telah menetapkan sasaran untuk Kontinjen Negeri Selangor menjuari Temasya SUKMA 2026.
Walau bagaimanapun, jumlah sebenar sasaran pingat secara spesifik masih belum boleh diberikan. Ini disebabkan jumlah acara yang akan dipertandingkan pada Temasya SUKMA akan datang masih belum dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA.