Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
15) PERSEDIAAN SUKMA 2026
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah persiapan yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri untuk memastikan penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026 berjalan lancar dan meriah?
Kerajaan Negeri Selangor telah diberi mandat oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai Tuan Rumah bagi Temasya SUKMA 2026. Sebagai Tuan Rumah Temasya tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan agar penganjuran Temasya SUKMA 2026 ini menjadi penganjur yang terbaik mengikut standart penganjuran diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Pembentukan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa pelaksana telah dibuat bagi dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Temasya dapat diselaraskan bersama semua agensi kerajaan negeri Selangor. Sebuah Sekretariat SUKMA juga telah ditubuhkan berperanan untuk menggerakan pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026. Dalam masa yang sama pelantikan pegawai dan kakitangan juga telah dilantik dan bakal dilantik bagi memastikan operasi sekretariat berjalan mengikut ‘Time frame’ yang telah ditetapkan.
Buat masa ini, perkara utama yang sedang dilaksanakan oleh pihak sekretariat adalah mengenalpasti venue-venue pertandingan yang bakal digunakan. Dalam pada masa yang sama tahun 2025 adalah merupakan Tahun Melawat Selangor dan ianya memberikan kelebihan kepada pihak Sekretariat untuk menjalankan promosi bagi penganjuran SUKMA 2026 nanti bagi menjamin kemeriahan Temasya tersebut.
Disamping itu juga, semua Ahli Jawatankuasa Induk & Pelaksana yang dilantik akan memainkan peranan di agensi masing-masing dalam mempromosikan Temasya tersebut (Tourism Selangor / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Perbadanan Adat Melayu Negeri Selangor / Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan seterusnya).
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melibatkan Penggerak Belia Selangor sebagai urusetia kejohanan tersebut?
Kerajaan Negeri melihat pembabitan dikalangan golongan belia di seluruh negeri Selangor dalam sebarang aktiviti / program anjuran amat penting bagi membina jati diri dan perolehan pengalaman. Melalui data yang sediada Penggerak Belia Selangor merupakan antara golongan / kumpulan yang boleh dilibatkan di Temasya SUKMA 2026 akan datang. Disamping itu Data SERVE ( Sukarelawan Selangor ) juga boleh ditawarkan kepada mereka untuk terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Temasya SUKMA 2026 akan datang terutamanya sebagai urusetia dan lain-lain jawatankuasa yang bersesuaian.