Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

103) PERSEDIAAN SUKMA 2020

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan serta usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menghadapi SUKMA 2020?

    Persiapan serta usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) adalah dengan memberi tumpuan kepada sukan-sukan yang berpotensi pingat emas iaitu kepada atlet dan sukan yang menawarkan pingat yang banyak dengan melalui program latihan yang efektif, pendedahan kejohanan luar dan dalam negara, analisa prestasi yang berkala, program Sains Sukan kepada jurulatih dan pelbagai lagi program yang dirancang.

  2. Berapakah jumlah pingat emas yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri untuk SUKMA 2020?

    Jumlah pingat yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada SUKMA kali ini ialah 45 pingat emas, 40 pingat perak dan 41 pingat gangsa.

  3. Apakah jenis sukan yang menawarkan prospek pingat emas kepada pasukan Selangor untuk SUKMA 2020?

    Jenis sukan yang menawarkan prospek pingat emas kepada pasukan Selangor untuk SUKMA 2020 adalah seperti berikut :

    BIL SUKAN SASARAN
    Emas Perak Gangsa
        1. Akuatik 12 13 13
        2. Berbasikal 1 1 1
        3. Olahraga 4 4 4
        4. Gimnastik 2 1 2
        5. Tenpin Bowling 1 2
        6. Lawn Bowl 2 2 2
        7. Memanah 1 1 2
        8. Menembak 4 1 1
        9. Badminton 2 1
     10. Pelayaran 2
     11. Skuasy 1 1
     12. Wushu 1 1 3
     13. Karate Do 3 2 2
     14. Pencak Silat 1
     15. Petanque 1 1 1
     16. Golf 1 1
     17. Hoki 1
     18. Bola Keranjang 1 2
     19. Bola Tampar 1 1
     20. Ragbi 1
     21. Tenis 1 1
     22. Kriket 1
     23. Tinju 1
     24. Muay 1
     25. Sepak Takraw 2 1
     26. Bola Jaring 1
     27. Bola Sepak 1
     28. Angkat Berat 1 1
     29. Judo 1 1
     30. Kanu 1 1
     31. Esport 1
    Jumlah 45 40 41

Lampiran

Tiada Lampiran.