Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

236) PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Beberapa langkah yang telah dibuat untuk menghadapi banjir. Apakah faktor-faktor kritikal kejayaan pelbagai latihan yang telah dijalankan?

    Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor sedang giat menjalankan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti di kawasan – kawasan terpilih yang berisiko bencana seperti banjir dan tanah runtuh yang berlandaskan Kerangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana (2015–2030). Terdapat dua (2) program yang sedang dijalankan dan dibiayai sepenuhnya iaitu : –

    1. Pertama, Program Memperkasakan Amalan Pengurangan Risiko Bencana (DRR) Untuk Meningkatkan Keselamatan Dalam Komuniti Dengan Memahami Risiko Bencana (SeDAR), program ini dibiayai sepenuhnya oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) dari Negara Jepun yang berjumlah RM1.8 juta. Kolaborasi dijalinkan bersama Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) Universiti Teknologi Malaysia dan IRIDeS Universiti Tohoku dari Jepun.
    2. Yang kedua Program Memupuk Keusahawanan Sosial Dalam Pengurusan Risiko Bencana Bagi Membangunkan Komuniti Budaya Berdaya Tahan, program ini juga dibiayai sepenuhnya oleh International Development Research Centre (IDRC) dari Negara Kanada berjumlah RM1.5 juta. Kolaborasi dijalinkan bersama Southeast Asia Disaster Prevention Research Initiative (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Geologi Malaysia (GSM), Pertubuhan Perkhidmatan Pengurangan Risiko Bencana Malaysia (MDRRSO) dan Royal University Of Phnom Penh (RUPP).

    Pengurusan Risiko Bencana amat penting untuk memastikan dan memperluaskan kefahaman mengenai risiko bencana oleh kerajaan tempatan dan masyarakat, ini dapat memupuk kesedaran, meningkatkan daya tahan dan kemudahterancaman. Program ini dapat meningkatkan pengetahuan bagi meramal bahaya yang pelbagai, penglibatan bersama dan memupuk daya tahan jangka panjang masyarakat dan yang penting memperkukuhkan penglibatan dan kerjasama dengan kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.