Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

273) PERSEDIAAN MENDAPAT KERJASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHADAPI BENCANA ALAM KHUSUSNYA BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah berkomunikasi dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kekhilafan seperti kelewatan dan komunikasi antara agensi-agensi penting seperti di bawah Kerajaan Persekutuan tidak akan berlaku lagi?

    Kerajaan Negeri sentiasa berkomunikasi dengan agensi Kerajaan Persekutuan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan semua agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri peringkat daerah terlibat secara aktif dalam aturgerak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Sesi Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor juga telah diadakan pada 28 dan 29 September 2022 yang disertai oleh 343 peserta daripada 67 agensi Negeri dan Persekutuan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan jaringan perhubungan di antara agensi.

Lampiran

Tiada Lampiran.