Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
42) PERSEDIAAN KUIS UNTUK DINAIKTARAF MENJADI UNIVERSITI PENUH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tambahan fakulti dan bidang pengajian?
KUIS sedang berusaha untuk menaiktaraf Pusat Pengajian Teras (PPT) kepada fakulti yang dikenali sebagai Fakulti Sains Sosial dan Pengajian Teras pada tahun 2016 dengan pengkhususan bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor
Tambahan dalam bidang Pengajian, KUIS telah mencadangkan sebanyak 36 Program baharu meliputi peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Senarai pengajian seperti di lampiran A.
LAMPIRAN A
SENARAI CADANGAN BIDANG PENGAJIAN BAHARU DI KUIS
Jumlah Kursus Pengajian Baharu mengikut Fakulti
Bil Fakulti Jumlah Program Baharu
1. Akademi Islam 14 2. Fakulti Pengurusan Muamalah 10 3. Fakulti Sains Teknologi Maklumat 3 4. Fakulti Pendidikan 9 JUMLAH 36 .Jumlah Kursus Pengajian Mengikut Peringkat Pengajian
Bil Fakulti PhD Sarjana Sarjana Muda
Diploma Jumlah 1. AI 1 7 6 1 14 2. FPM 1 5 3 1 10 3. FSTM 1 2 3 4. FP 1 5 3 9 JUMLAH 4 19 12 2 36 - Senarai Nama Kursus Pengajian Mengikut Fakulti
BIL NAMA PROGRAM FAKULTI 1 Ijazah Doktor Falsafah Bahasa Arab AKADEMI ISLAM 2 Ijazah Sarjana Usuluddin (Pemikiran Islam) 3 Ijazah Sarjana Usuluddin (Perbandingan Agama)
4 Ijazah Sarjana Pengajian Ilmu Qiraat 5 Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Komuniti
6 Ijazah Sarjana al-Quran 7 Ijazah Sarjana al-Hadis 8 Ijazah Sarjana Bahasa Arab Untuk Tujuan Khusus
9 Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan al-Sunnah Dengan Pentadbiran Awam (Kepujian)
10 Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Pemikiran Islam)
11 Ijazah Sarjana Muda Dakwah dengan Kepujian (Media Kontemporari)
12 Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Muamalat 13 Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Multimedia
14 Diploma Pengajian Islam (Akidah dan Pemikiran)
15 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal (Kepujian)
FAKULTI PENGURUSAN MUAMALAH
16 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Muamalat (Kepujian)
17 Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perakaunan (Kepujian)
18 Ijazah Sarjana Komunikasi 19 Sarjana Kewangan Islam 20 Sarjana Pengurusan Sumber Insan 21 Sarjana Ekonomi 22 Sarjana Perakaunan 23 Doktor Falsafah Ekonomi dan Pengurusan 24 Diploma Eksekutif Pengurusan Masjid dan Pembangunan Komuniti
25 Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat FAKULTI TEKNOLOGI SAINS MAKLUMAT
26 Ijazah Sarjana Multimedia (Mod Penyelidikan) 27 Doktor Falsafah Multimedia (Mod Penyelidikan) 28 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) FAKULTI PENDIDIKAN 29 Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa) 30 Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi) 31 Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) 32 Sarjana Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) 33 Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)
34 Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak 35 Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan Pendidikan Khas
36 Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)
-
Adakah cadangan untuk membina kampus cawangan di Sabak Bernam?
Pada masa kini pihak KUIS tiada cadangan untuk membina kampus cawangan di Sabak Bernam. Walau bagaimanapun pihak KUIS sedia memenuhi tanggungjawab ummah sekiranya terdapat tawaran dan dana daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.