Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

11) PERSEDIAAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR DALAM MENANGANI BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan semasa dibuat oleh JPS bagi menangani banjir di Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS telah membuat perancangan pengurusan banjir melalui 2 kaedah iaitu langkah struktur dan langkah bukan struktur dalam menangani isu banjir pada masa akan datang. Langkah struktur melibatkan projek tebatan banjir yang merangkumi komponen seperti berikut:-

     

    (i)     Pembinaan ban banjir, tembok penahan banjir (flood wall), terowong banjir (flood tunnel), bypass channel dan barrage bagi tujuan kawalan banjir.

     

    (ii)   Pembinaan kolam takungan banjir seperti underground storage, elevated pond, vertical & horizontal storage dan kolam takungan bertingkat.

     

    (iii)   Pembinaan pintu kawalan air dan rumah pam yang diintegrasikan dengan Sistem Kawalan Penyeliaan dan Perolehan Data Berkomputer (SCADA) bagi pintu air di kawasan yang berisiko tinggi mengalami banjir. Pintu Air ini akan dikawal secara automatik dan juga boleh dikawal serta dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.

     

    (iv)   Melebar dan mendalamkan sungai.

     

    (v)    Menaiktaraf sistem saliran. 4 Langkah bukan struktur pula terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut:-

     

    (i) Program Ramalan Amaran Banjir Negara (PRAB) yang berupaya meramal kejadian banjir monsun 7 hari lebih awal, memberi amaran banjir monsun 2 hari lebih awal, ketepatan ramalan aras air (+/- 0.5m) dan ramalan banjir kilat 1-3 jam lebih awal berdasarkan data ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia. Selain itu, PRAB juga berupaya memberi amaran dan hebahan banjir monsun dari 6 jam kepada 2 hari lebih awal kepada agensi berkepentingan dan penduduk yang terlibat dengan banjir. Perolehan program ini telah bermula pada September 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mac 2024. Program ini merangkumi pengesanan, ramalan, amaran dan hebahan.

     

    (ii) Pembangunan Rangkaian Stesen Hidrologi termasuk Sistem Siren Amaran Banjir untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi tujuan ramalan dan amaran banjir.

     

    (iii) Pembangunan Sistem Pemantauan Banjir melalui laman web Infobanjir Negeri Selangor untuk memberi amaran awalan banjir kepada orang awam mengenai status paras air sungai, taburan hujan dan kamera pemantauan status banjir.

     

    (iv) Penggunaan garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang menetapkan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar.

     

    (v)    Pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkahlangkah struktur dan bukan-struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.

     

    (vi) Kajian Lembangan Sungai dan Tebatan Banjir serta Kajian Pelan Induk Saliran.

     

    (vii) Pengurusan kawasan tadahan yang merangkumi kawalan pembangunan, pemeliharaan tanah dan pengurusan penggunaan tanah tinggi.

     

    (viii) Peta Hazard Banjir yang digunakan untuk tujuan penilaian risiko bagi mengurangkan kerugian akibat banjir.

     

    (ix) Kajian semula keupayaan dan operasi empangan di bawah LUAS dan Syarikat Air Selangor untuk mengkaji kesesuaian Empangan Sg. Langat dan Empangan Sg. Semenyih digunakan untuk tujuan operasi kawalan banjir. Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM57.95 juta pada tahun 2022 kepada JPS untuk melaksanakan projek di bawah RMKe-12 (2021 – 2025) seperti berikut:-

     

    (i)  Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dengan kos keseluruhan berjumlah RM253.15 juta.

     

    (ii)  Pembangunan Sistem Saliran dengan kos keseluruhan berjumlah RM113.0 juta.

     

    (iii) Pembangunan Lembangan Sungai dengan kos keseluruhan berjumlah RM83.9 juta.

     

    (iv)  Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi dengan kos keseluruhan berjumlah RM6.0 juta.

     

    (v)    Pembangunan Saliran Mesra Alam dengan kos keseluruhan berjumlah RM53.3 juta.

     

    (vi)   Pembangunan Pantai dengan kos keseluruhan berjumlah RM24.9 juta.

     

    (vii)  Pembangunan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal dengan kos keseluruhan berjumlah RM11.75 juta. Tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS dalam tempoh terdekat adalah dengan melaksanakan kerja-kerja pasca banjir seperti berikut:-

     

    (i)   37 kerja segera berjumlah RM39.675 juta yang merangkumi skop mengorek sungai, pengorekan kolam dan perolehan pam bergerak.

     

    (ii) 12 kerja-kerja kritikal berjumlah RM9.18 juta yang merangkumi skop membaikpulih ban dan perolehan genset dan sistem siren.

     

    (iii)   92 kerja-kerja pasca banjir berjumlah RM45.86 juta menggunakan peruntukan Pembangunan Negeri yang merangkumi skop kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing sungai, penyelenggaraan sungai 6 dan pantai serta kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam dan pintu air.

     

    (iv) 80 kerja-kerja pasca banjir berjumlah RM20 juta menggunakan peruntukan Pembangunan Persekutuan yang merangkumi skop pemuliharaan sungai.

  2. Nyatakan tempat -tempat risiko banjir yang terdapat di Selangor?

    Terdapat 311 kawasan yang terlibat dengan banjir pada tahun 2021 di Negeri Selangor iaitu 45 kawasan di Daerah Petaling, 24 kawasan di Daerah Gombak, 25 kawasan di Daearah Kuala Langat, 61 kawasan Daerah Hulu Langat dan 37 kawasan di Daerah Sepang. Senarai kawasan hotspot banjir adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.