Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
24) PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR (FAS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan perubahan yang dilakukan oleh FAS ?
Terkini pasukan bolasepak Selangor telah mengharungi perlawanan liga dan Piala FA dan keputusan adalah seperti berikut :-
Liga Super 2015
7hb Februari Terengganu 2 mln 0 Selangor
14hb Februari Pahang 1 mln 1 Selangor
21hb Februari Selangor 1 mln 1 Johor
7hb Mac PDRM 1 mln 4 Selangor
14hb Mac Selangor 2 mln 0 Sarawak
Piala FA 2015
28hb Februari Felda United 2 (P-2) mln 2 (P-4) Selangor
18hb Mac Selangor 1 mln 3 Terengganu
Persatuan Bolasepak Selangor telah membuat beberapa perubahan di mana YAB Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor telah dipilih sebagai Presiden, Persatuan Bolasepak Selangor dan juga Pengerusi, Jawatankuasa Pasukan Negeri dan Pertandingan Antarabangsa menggantikan Y. Bhg. Dato’ Abdul Mokhtar bin Ahmad.
YAB Presiden juga telah melantik YB Tuan Amirudin bin Shari sebagai Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa pasukan Negeri dan Pertandingan Antarabangsa merangkap Pengurus Pasukan Bolasepak Selangor dan 4 muka baru di dalam jawatankuasa tersebut.
Dengan perubahan tersebut, Pasukan Bolasepak Selangor telah menampakkan peningkatan persembahan nya dalam memberikan saingan kepada pasukan berbelanja besar di dalam Liga Malaysia seperti Johor, Felda, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan PDRM.
-
Sila huraikan strategi dan pendekatan yang dilaksanakan demi pembangunan sukan tersebut ?
– Kompleks FAS di Puncak Alam akan menempatkan 4 pasukan pelapis dalam usaha untuk memperkasakan pasukan bolasepak negeri.
– Apabila siap akan dilengkapkan dengan peralatan bolasepak yang terkini.
– Dalam jangkamasa 3 tahun lagi FAS akan mempunyai pelapis dan tidak perlu lagi bergantung kepada pemain ‘bintang’ yang akan meminta gaji yang tinggi.
– Pengambilan bekas pemain Selangor sebagai jurulatih berwibawa yang akan membimbing pemain pelapis ini sepenuh masa.
-
Berapakah peruntukan yang disalurkan oleh KNS sejak 5 tahun yang lalu ?
Peruntukkan yang disalurkan oleh KNS :-
2014 RM10.5 juta
2013 RM8.5 juta
2012 RM8.5 juta
2011 RM6.5 juta
2010 RM6.5 juta