Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
60) PERPUSTAKAAN USJ 1
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jawapan PTGS berkenaan soalan PPAS tentang status tanah yang dicadangkan untuk Perpustakaan USJ 1?
- Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah memohon semakan status tanah kepada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling yang dicadangkan oleh Yang Berhormat pada 28 Julai 2024.
- Pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling, melalui surat maklum balas yang telah diberikan kepada PPAS pada 5 Februari 2025 (Ruj : Bil ( ) dlm.PTD.P11/MSC/WARTA/2024.JLD.3, telah meminta pihak PPAS untuk mengemukakan permohonan perizaban tanah Kerajaan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.
- Merujuk kepada Rancangan Tempatan (RT) Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2035 (Penggantian), tapak cadangan tersebut telah dizonkan sebagai institut dan kemudahan masyarakat (klinik kesihatan).
- Walaubagaimanapun pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, melalui surat maklum balas kepada pihak Jabatan Perancangan Bandar MBSJ, yang bertarikh pada 12 April 2018 (Ruj: (54)dlm PKD.PTG-200-1/2, berpandangan tanah-tanah tersebut tidak akan digunakan untuk sebarang pembangunan kemudahan kesihatan (hospital/klinik/poliklinik) pada masa hadapan memandangkan keluasan tapak yang kecil dan tidak boleh digunakan sebagai tapak pembinaan klinik kesihatan.
- Pihak PPAS kini dalam proses penyediaan dokumen bagi permohonan pewartaan selaras dengan seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagaimana yang telah disarankan oleh PDT Petaling dalam masa yang terdekat.
-
Bagaimanakah persiapan bajet untuk pembinaan Perpustakaan USJ 1?
- Bajet bagi pembinaan Perpustakaan USJ 1 akan dipohon setelah urusan selesai berdasarkan syarat-syarat permohonan iaitun status tanah mestilah jelas dan boleh diwartakan atas nama PPAS.
- Permohonan peruntukan bagi projek ini akan dipohon dan diselaraskan setelah urusan pewartaan tanah diselesaikan.