Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
141) PERPUSTAKAAN USJ 1
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status cadangan pembangunan Perpustakaan USJ 1?
Status tanah yang beralamat di Jalan USJ 1/38, 47500 Subang Jaya, Selangor bagi tujuan mewujudkan sebuah perpustakaan awam yang baru di USJ 1 Subang Jaya seluas 0.72 ekar adalah berdasarkan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 (Penggantian), tapak cadangan tersebut telah dizonkan sebagai institut dan kemudahan masyarakat (klinik kesihatan). Pihak PKD Petaling berpandangan tanah-tanah tersebut tidak akan digunakan untuk sebarang pembangunan kemudahan kesihatan (hospital/klinik/poliklinik) pada masa hadapan memandangkan keluasan tapak yang kecil dan tidak boleh digunakan sebagai tapak pembinaan klinik kesihatan.
Pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya sedang menunggu ulasan berkenaan tapak yang dicadangkan dari Jataban Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan) Negeri Selangor.