Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

282) PERPUSTAKAAN PEKAN SABAK

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pengunjung sepanjang tahun 2023.

    Jumlah pengunjung bagi Perpustakaan Pekan Dataran Sabak sepanjang tahun 2023 adalah sebanyak 12,597 pengunjung dan berikut adalah pecahan mengikut bulan tahun 2023.

  2. Jelaskan peranan kerajaan bagi memperkasakan agar lebih berdaya pengunjung.

    Jelaskan peranan kerajaan bagi memperkasakan agar lebih berdaya pengunjung.

    Kerajaan Negeri telah melakukan pelbagai strategi untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke Perpustakaan Awam di Negeri Selangor. Berikut adalah diantara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi menarik lebih ramai pengunjung:

    1. Sejak tahun 2008, perpustakaan di seluruh Selangor telah berkembang jumlahnya daripada 86 buah dan yang terkini telah meningkat ke 105 buah perpustakaan. Jumlah ini merangkumi 80 perpustakaan yang telah dinaik taraf.
    2. Pustaka Bergerak Smart Selangor tetap meneruskan perkhidmatannya ke semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) di 96 lokasi setiap bulan.
    3. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited memberikan sokongan dalam projek membina baharu dan menaik taraf bangunan perpustakaan dengan menyalurkan peruntukan lebih daripada RM100 juta sejak dari Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) hingga ke Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2024).
    4. Pembangunan perpustakaan turut melibatkan rakan strategik dari kalangan agensi kerajaan negeri yang lain. Antaranya ialah:

      – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ̶ pembinaan perpustakaan kontena pertama di Malaysia iaitu Perpustakaan Awam Selangor @PJKita Community Library di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, pada tahun 2017;
      – Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) ̶ pembinaan perpustakaan di Taman Medan, Sijangkang;
      – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ̶ pembinaan perpustakaan di Puchong Indah;
      – Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) ̶ perpustakaan di Pangsapuri Sri Impian, Ukay Perdana yang baru dibuka pada 5 Mei 2024, dan tambahan satu lagi lokasi pada tahun 2025.
      – Inisiatif baharu yang terkini ialah perpustakaan mesra transit yang dimulakan dengan 12 pusat perkhidmatan terpilih yang telah dinaik taraf. Mesra transit merupakan konsep di mana perpustakaan menyediakan kemudahan tambahan seperti pantri yang lengkap dengan peralatan penyediaan makanan untuk alas perut, bilik air yang dilengkapi dengan pancuran air panas, dan ruang untuk membuat kerja sekolah dengan bantuan kakitangan perpustakaan dan sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan seperti Adab Youth Garage (AYG) dan IKRAM Selangor.

    5. Perpustakaan menyediakan bilik perbincangan, bilik mesyuarat, bilik serbaguna, playhouse, dan surau. Ruang bacaan terbuka di bahagian luar bangunan perpustakaan ditambah baik perkhidmatannya dengan capaian WiFi 24 jam dan mesin penapis air.
    6. Kemudahan lain, seperti studio rakaman di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam, studio produksi (green screen), Makerspace yang dilengkapi dengan pencetak 3D, pemotong laser kayu, set robotik dan dron, serta bilik menjahit.
    7. Kerajaan negeri melalui PPAS telah menyediakan sebanyak 1,000 unit komputer, iaitu 520 komputer riba (laptop) dan 480 komputer meja (desktop), bagi pinjaman secara percuma selama 6 bulan.
    8. Berikut merupakan statistik Program Galakan Membaca Perpustakaan Awam Negeri Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Januari – 30 Oktober 2024.

  3. Strategi kerajaan bagi memperluaskan lagi bahan bacaan dan aktiviti secara dalam talian.

    Strategi kerajaan bagi memperluaskan lagi bahan bacaan dan aktiviti secara dalam talian.

    Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah menyediakan perkhidmatan perpustakaan atas talian (digital) seperti berikut:

     

    1. Online Public Access Catalogue (OPAC)
      – Katalog atas talian untuk pencarian buku di seluruh pusat perkhidmatan negeri Selangor
    2. Sistem pendaftaran keahlian
      – Pendaftaran keahlian secara atas talian di dalam laman web PPAS
      – Pembaharuan keahlian secara atas talian
    3. Overdrive (e-Book)
    4. Peminjaman dan pemulangan e-book secara percuma
    5. Nusantara Audiobooks
      – Pengguna boleh mendapatkan kemudahan buku audio melalui nusantaraudiobooks.com
    6. Lapan (8) Pangkalan Data Atas Talian yang dilanggan oleh PPAS:

Lampiran

Tiada Lampiran.