Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
123) PERPUSTAKAAN KUALA LANGAT DI BANTING
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kedudukan terkini projek pengubahsuaian Perpustakaan Kuala Langat di Banting?
Status terkini kerja-kerja naik taraf Perpustakaan Daerah Kuala Langat:-
Kemajuan Fizikal (sehingga 31.7.2021) Semasa 94.84% Jadual 98.09% Lewat 3.25% (25 hari ) Peratusan siap kerja di tapak mengikut pecahan kerja adalah seperti berikut:-
Bil Spesifikasi Peratus Siap 1. Kemasan siling 100% 2. Kemasan dinding 100% 3. Kerja luaran 100% 4. Kerja Mekanikal & Elektrikal 98% Maklumat tambahan:-
Bil Perkara Maklumat 1 Nama Projek Cadangan Menaiktaraf Perpustakaan Awam Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan 2 No Kontrak JKR/SEL/651/2019 3 Maklumat Kontraktor TALIAN KURNIA SDN BHD 4 No. Pendaftaran CIDB 0120060711-SL109881 5 Gred/ Taraf G5 6 Tarikh Milik Tapak 8 MAC 2019 7 Tarikh Siap Asal 4 MAC 2021 8 Tempoh Kontrak Asal 104 MINGGU 9 Tarikh Siap Semasa EOT No.1 26 Jun 2021 (114 hari -PKP 1.0)
EOT No.2
25 Ogos 2021 (60 hari – PKP 3.0)
Makluman semasa projek:-
- Untuk makluman, kemajuan projek ini adalah lewat 25 hari daripada jadual, Kelewatan projek adalah disebabkan :
- Arahan Perintah Kawalan Pergerakan selaras dengan ketetapan kerajaan.
- Permohonan/Rayuan pihak kontraktor untuk menjalankan kerja tidak diluluskan oleh pihak MITI kerana projek dikategorikan tidak kritikal.
- Terdapat keperluan untuk mengunapakai kawasan dataran kejat PPAS Kuala Langat untuk dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Pelarasan pada 16 Julai 2021
- Walaubagaimanapun, J/kuasa Pengurusan Bencana Daerah telah memutuskan untuk membatalkan perancangan tersebut pada 12 Ogos 2021.
- Untuk makluman, kemajuan projek ini adalah lewat 25 hari daripada jadual, Kelewatan projek adalah disebabkan :