Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

199) PERPUSTAKAAN KOMUNITI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan menambah perpustakaan komuniti di Negeri Selangor dalam 5 tahun ini dan berapakah buah perpustakaan komuniti yang akan ditambah? Sila nyatakan perpustakaan-perpustakaan dan kawasannya jika ada.

    Sejak  ditubuhkan  pada  tahun  1971,  Perbadanan  Perpustakaan  Awam   Selangor bergerak seiring dengan wawasan Kerajaan Negeri Selangor dan sehingga tahun Mac 2010 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor mempunyai sebanyak 92 pusat perkhidmatan. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  memiliki  dan  menguruskan 53 buah Perpustakaan Komunit/ Desa di seluruh Negeri Selangor.

     

    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sentiasa merangka rancangan untuk menambah perpustakaan komuniti/ desa di Negeri Selangor bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan memberikan akses mudah mendapatkan maklumat terkini. Sepanjang 6 tahun ini, sebanyak 58 permohonan untuk mewujudkan perpustakaan telah diterima. Masyarakat di Negeri Selangor kini telah mula sedar akan kepentingan dan kebaikan perpustakaan kepada mereka dan menjadikan perpustakaan sebagai penghubung untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan juga tempat beriadah sesama  ahli keluarga.

     

    Perancangan bagi projek untuk membina dan menambah perpustakaan komuniti akan dilakukan bergantung kepada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Walaubagaimana pun, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah merancang beberapa buah perpustakaan komuniti/ desa  seperti  Perpustakaan  Pekan Sri Manja di Petaling Jaya, Perpustakaan Pekan Ampang  Waterfront,  Perpustakaan Desa Pandan Jaya dan Perpustakaan Kg. Sungai Udang, Klang. Cadangan konsep bagi pembinaan perpustakaan tersebut telah mula dilaksanakan dan penyediaan kos adalah berdasarkan keperluan dan keluasan bangunan.

  2. Berapakah bajet untuk setiap perpustakaan komuniti dalam setiap tahun? Sila terperincikan bajet untuk setiap perpustakaan.

    1. Peruntukan bagi membina perpustakaan komuniti berdasarkan jenis bangunan tersebut. Perincian berkaitan bajet ini adalah seperti di bawah:

     

    1. Cadangan agihan peruntukan bagi membina bangunan baru Perpustakaan Komuniti/ Desa (cadangan keluasan 50’ X 30’)

     

    PERKARA KOS (RM)
    Kos pembinaan bangunan 180,000
    Koleksi asas perpustakaan 50,000
    Kelengkapan perabut 30,000
    Kelengkapan komputer 20,000
    JUMLAH 280,000

     

    * Data diperolehi dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Lampiran

Tiada Lampiran.