Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

51) PERPUSTAKAAN KOMUNITI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan terkini Kerajaan Negeri dalam menggalakkan pembukaan perpustakaan komuniti di kawasan-kawasan yang didiami oleh kumpulan berpendapatan rendah yang memiliki akses terhad kepada kemudahan perpustakaan?

    Perancangan Kerajaan Negeri:-

    • Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dan mengambil berat mengenai rakyat yang berpendapatan rendah atau golongan B40 yang memiliki akses terhad kepada kemudahan awam.
    • Dalam peruntukan RMK-11 (bagi tahun 2016-2020), selain daripada penaiktarafan perpustakaan awam sedia, Kerajaan Negeri memperuntukkan pembangunan perpustakaan baharu setiap
    • Bagi tiga (3) tahun terakhir di bawah RMK-11, berikut ialah perancangan penaiktarafan kemudahan perpustakaan (makeover) dan pembukaan perpustakaan baharu berkonsep rebranding:
    Bil. Tahun Kategori Daerah
    1. 2018 2 Daerah Kuala Langat

    Hulu Selangor

    2. 2 Desa Jeram

    Bukit Kapar

    3. 1           Desa (bina

    baru)

    Puchong Indah
    4. 2019 2 Daerah

    1 Pekan

    4 Desa

    1 Desa (bina baru)

         
    5. 2020 1 Daerah

    1 Pekan

    5 Desa

    1 Desa (bina baru)

     

    • Di samping peruntukan menaik taraf dan mewujudkan perpustakaan awam- perpustakaan awam di kawasan kumpulan berpendapatan rendah, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM750,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Lima Puluh Ribu) untuk membeli tiga (3) buah van untuk dijadikan sebagai perpustakaan bergerak, yang kini dikenali sebagai #SmartSelangor Mobile
    • Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) juga mengalu- alukan usahasama ataupun smart partnership di antara PPAS dengan jabatan kerajaan. Contohnya seperti usahasama dengan dengan pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), yang telah menyumbang sebanyak RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) untuk membeli empat (4) buah lagi van untuk tambahan perkhidmatan #SmartSelangor Mobile Library, menjadikan jumlah keseluruhan van #SmartSelangor Mobile Library sebanyak tujuh (7)
    • Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perkhidmatan #SmartSelangor Mobile Library ini ditumpukan kepada kumpulan sasar sebagai mana pertanyaan Yang Berhormat Kota Anggerik. Pemilihan lokasi bagi 7 unit #Smartselangor Mobile Library adalah ditentukan oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB), dan juga berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di pangsapuri-pangsapuri kos rendah, Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Ini termasuklah kawasan Felda seperti Felda Gedangsa di Hulu
    • Secara keseluruhannya, #SmartSelangor Mobile Library telah memberi perkhidmatan perpustakaan bergerak di 80 lokasi yang melibatkan tujuh (7) daerah di Negeri Selangor seperti berikut:
      Bil Daerah Tempat Lokasi
      1 Petaling Petaling

      Jaya

      8
      Subang

      Jaya

      6
      2 Klang Klang 7
      3 Kuala

      Lang at

      Banting 5
      4 Sepang Sepang 10
      5 Hulu

      Lang at

      Ampang

      Jaya

      14
      Kajang 10
      6 Gombak Selayang 10
      7 Hulu

      Sela ngor

      Hulu

      Sela ngor

      10
      Jumlah 80
    • Selain usahasama mewujudkan #SmartSelangor Mobile Library, PPAS juga mengadakan usahasama dengan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk membina perpustakaan berkonsep kontena di kawasan perumahan berpendapatan rendah B40, iaitu Perpustakaan Awam Selangor @ PJKita Community Library di PJS 6, Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Perpustakaan ini telah beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos
    •  
      • Projek ini juga turut mendapat kerjasama penuh daripada komuniti penduduk setempat yang terlibat semasa proses perancangan melalui program “Community Engagement” yang dilaksanakan oleh EPIC Communities (Extraordinary People Impacting Community) di mana input penduduk setempat diambil kira dalam menyediakan landskap dan aktiviti luaran

       

    • Justeru itu, Pihak Kerajaan Negeri Selangor dan PPAS amat menyokong sekiranya terdapat di kalangan ahli-ahli Yang Berhormat yang sudi untuk mengadakan smart partnership dengan pihak PPAS untuk kemudahan komuniti B40 di kawasan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.