Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

258) PERPUSTAKAAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan buah perpustakaan awam yang terdapat di seluruh Negeri Selangor?

    Pada masa ini terdapat 91 buah perpustakaan di seluruh negeri Selangor yang ditubuhkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Perpustakaan-

    perpustakaan ini ialah : sebuah perpustakaan negeri, 7 buah perpustakaan daerah, 4 buah perpustakaan cawangan, 6 buah perpustakaan pekan, 70 buah perpustakaan desa dan 3 buah perpustakaan bergerak.

  2. Berapakah bilangan buah perpustakaan awam di Negeri Selangor yang mempunyai bahagian bahasa Cina?

    Perbadanan perpustakaan awam di Negeri Selangor hanya ada 5 buah perpustakaan sahaja yang mempunyai bahagian bahasa cina iaitu:

    • Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam (Buku sumbangan daripada YB Ean Yong Hian Wah)
    • Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu
    • Perpustakaan Pekan Sekinchan
    • Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
    • Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya
  3. Berapakah kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan untuk perpustakaan awam bagi menambah bilangan buku bahasa Cina terutamanya di kawasan yang mempunyai populariti orang Cina yang tinggi?

    Buat masa ini, belum ada  lagi peruntukan untuk perpustakaan awam bagi menambah bilangan buku bahasa cina. Semua koleksi buku bahasa cina yang ada di perpustakaan hanyalah sumbangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.