Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

196) PERPUSTAKAAN DESA TAMAN SRI MEDAN, TELOK PANGLIMA GARANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembangunan Perpustakaan Desa Taman Sri Medan, Telok Panglima Garang yang mana tapak tersebut telah diwartakan sebagai perpustakaan awam sebelum ini?

    Berdasarkan Rancangan Tempatan (RT) Kuala Langat 2030, tapak adalah terletak dalam BPK 2.4: Sijangkang Jaya dan tapak dizonkan sebagai kawasan Lapang

    Berdasarkan surat dari Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat berujukan (19) dlm. PTK.Lgt.F8/1/285/2011 bertarikh pada 24 Ogos 2017 tapak telah diluluskan perizabannya bagi tujuan Tapak Perpustakaan Awam Bandar Sijangkang oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 4 Ogos 2017

    Status Terkini pembangunan Perpustakaan Desa Taman Sri Medan, Teluk Panglima Garang, telah DILULUSKAN DENGAN SYARAT di dalam Mesyuarat JKOSC bil 16/2023 bertarikh 17 Ogos 2023 oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Manakala surat pemberitahuan telah dikeluarkan pada 18 Oktober 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.