Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

193) PERPUSTAKAAN DESA TAMAN SRI MEDAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pembangunan perpustakaan desa Taman Sri Medan?

    1. Pada 1 Februari 2024, pihak perunding telah menghantar semula dokumen berkenaan permohonan pengesahan geologi tapak bagi kelulusan penuh KM kepada Jabatan Mineral Dan Galian (JMG).
    2. Surat pengecualian serahan Rezab Jalan dan Khidmat telah di keluarkan oleh JKR pada 16 April 2024.
    3. Pelan KM (Pematuhan Syarat) telah dikemukakan kepada MDKL pada 6 Mei 2024 setelah pengecualian Rezab Jalan dikeluarkan oleh JKR.
    4. Perunding menunggu kelulusan penuh KM dikeluarkan oleh Jabatan Perancang MDKL.

Lampiran

Tiada Lampiran.