Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

271) PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Perpustakaan Mesra Transit di perpustakaan seluruh Selangor?

    1. Program Perpustakaan Mesra Transit merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dengan berobjektifkan
      1. Menyediakan persekitaran kondusif, selamat dan selesa kepada anak-anak
      2. Kakitangan perpustakaan berperanan sebagai pendidik selepas waktu sekolah
    • Memudahkan ibu bapa menguruskan transit anak-anak
    1. Alhamdulillah, program ini akan mula dilaksanakan di 12 lokasi perpustakaan melibatkan tujuh (7) perpustakaan desa dan lima (5) perpustakaan daerah. Projek rintis telah dimulakan di dua (2) lokasi dan sambutan yang diberikan oleh masyarakat sangat baik. Lokasi tersebut adalah :
      1. PPAS Bukit Badong di Daerah Kuala Selangor
      2. PPAS Semenyih di Daerah Hulu Langat.
    1. Tujuh (7) Perpustakaan Desa Mesra Transit dinaiktaraf dengan kemudahan yang selesa dan ini dilengkapi pantri dan peralatan seperti :
    2. Peti ais
    3. Induction cooker
    • Penapis air
    1. Microwave
    2. Periuk nasi
    3. Pembakar roti dan lain-lain
    4. Perpustakaan ini mempunyai satu sahaja kakitangan buat masa ini dan akan ditambah dengan seorang lagi kakitangan untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
    5. Bagi 10 lokasi seterusnya akan dimulakan secara berperingkat di perpustakaan yang terpilih iaitu :

    Perpustakaan Desa (5 buah)

    1. PPAS Sri Manja, Petaling
    2. PPAS Pelabuhan Klang, Klang
    • PPAS Beranang, Hulu Langat
    1. PPAS Semenyih, Hulu Langat
    2. PPAS Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam

    Perpustakaan Daerah (5 buah)

    1. PPAS Daerah Kuala Langat
    2. PPAS Daerah Sabak Bernam
    • PPAS Daerah Hulu Selangor
    1. PPAS Daerah Hulu Langat
    2. PPAS Daerah Gombak
    3. PPAS turut menjalinkan kerjasama bersama pihak NGO bagi membantu memberi pengisian dan menyantuni kepada anak-anak semasa dalam tempoh transit iaitu:-
    4. MBBY (Malaysian Board on Book for Young People) – aktiviti kanak-kanak
    5. AYG (Adab Youth Garage) – bina karakter dan kemahiran
    • IKRAM Selangor – sukarelawan
    1. Pertubuhan MySayang Malaysia – CSR
    2. Para pemimpin masyarakat boleh menyokong program ini dengan menjadikan perpustakaan tersebut sebagai anak angkat dengan menyumbang makananan yang bersesuaian, seperti :
      1. Biskut
      2. Telur
    • Kicap
    1. Roti
    2. Buah-buahan
    3. Coklat
    • Beras dan lain-lain
    1. Sekiranya program ini berjaya dan mendapat sambutan, jumlah perpustakaan mesra transit akan ditambah bagi membantu keluarga dan anak-anak yang memerlukan.
  2. Di era teknologi digital, bagaimanakah strategi PPAS untuk meningkatkan amalan membaca buku dalam kalangan rakyat?

    1. Amalan membaca buku dilihat sentiasa meningkat dikalangan masyarakat, ini disokong dengan jumlah pengunjung perpustakaan secara keseluruhan di 104 buah lokasi bermula Januari – Mei 2024 ialah 649,525 pengunjung, berbanding tahun sebelumnya Januari – Mei 2023 sebanyak 538,820. Kenaikan adalah sebanyak 110,705 iaitu 17%.
    2. Bagi menyemarakkan amalan membaca, PPAS telah menjalankan program gerakan membaca sebanyak 4,233 aktiviti dan program dengan 1,836,220 penyertaan (Januari – Mei 2024)
      • Kandungan Digital Tiktok dan lain-lainPelaksanaan program-program berkaitan perbukuan seperti :

        PPAS juga menggunakan platform digital sebagai salah satu usaha menggalakkan amalan membaca antaranya :

        1. E-Book
        2. Resensi Buku
        • Webinar
        1. Language Discovery
        2. BooksFly2U
        3. Hati & Minda Sasterawan & Karyawan
      1. PPAS telah menubuhkan Unit Penerbitan bertujuan membantu menerbitkan karya dari penulis-penulis baharu termasuk penulis muda yang berbakat, tidak dilupakan penulis dari golongan istimewa dan yang tidak didendangkan. Ini bagi menggalakkan penghasilan buku dan karya tempatan yang berkualiti dan dapat membentuk minda dan karektor.
  3. Apakah status pelaksanaan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor?

    1. Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor adalah Pinjaman Desktop dan Laptop SECARA PERCUMA di PPAS selama enam (6) bulan.
    2. PPAS telah menyediakan 480 buah kemudahan Laptop dan 480 kemudahan desktop untuk dipinjamkan.
    3. Bermula Oktober 2022 – Jun 2024, sebanyak 1,086 buah laptop telah dipinjam, manakala pinjaman desktop sebanyak 447 buah.
    Komputer Jumlah Pinjaman
    Laptop 1086
    Desktop 447

     

    1. Kemudahan pinjaman laptop mendapat permintaan yang lebih tinggi berbanding desktop kerana keperluan dari kalangan pelajar IPT dan yang bekerja sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.