Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
88) PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukkan untuk membaik pulih bangunan Perpustakaan Awam yang uzur di Sabak Bernam?
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29, 2011 (pindaan)
Perkhidmatan perpustakaan di Negeri Selangor bermula pada tahun 1971. Sehingga kini terdapat 95 perpustakaan meliputi 1 perpustakaan ibu pejabat, 7 buah Perpustakaan Daerah, 6 Perpustakaan Cawangan, 8 Perpustakaan Pekan,
55 buah Perpustakaan Desa Negeri dan 16 Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia serta 2 unit Perpustakaan Bergerak. Pecahan perpustakaan mengikut daerah adalah sebagaimana berikut:
Daerah
Kategori Perpustakaan Jumla h
Pusa t
Daera h
Cawanga n
Peka n
Desa Bergera k
Petaling 1 – – 1 3 – 5 Klang – 1 1 1 4 – 7 Kuala Langat
– 1 – – 9 1 11 Kuala Selangor
– 1 1 1 11 – 14 Sabak – 1 – 2 22 1 26 Bernam Hulu Langat
– 1 1 3 7 – 12 Hulu Selangor
– 1 – 1 7 – 9 Gombak – 1 1 – 2 – 4 Sepang – – – 1 6 – 7 Jumlah
1
7
4
10
71
2
95
Bagi Daerah Sabak Bernam terdapat 26 perpustakaan yang terdiri daripada Perpustakaan Daerah (1), Perpustakaan Pekan (2), Perpustakaan Desa (22) dan Perpustakaan Bergerak (1) unit.
Senarai perpustakaan adalah sebagaimana berikut:
Kategori Bil. Perpustakaan Tahun Operasi
PERPUSTAKAA N DAERAH
1. Perpustakaan Daerah Sabak Bernam 1977
PERPUSTAKAA N PEKAN
2. Perpustakaan Pekan Sekinchan 1999
3. Perpustakaan Pekan Dataran Sabak Bernam 2005 PPERPUSTAKA AN DESA DAERAH SABAK BERNAM 4. Perpustakaan Desa Bagan Terap, Sungai Panjang,
2006 5. Perpustakaan Desa Bagan Nakhoda Omar 2007 6. Perpustakaan. Desa Binjai Jaya, Sungai Panjang 1993 7. Perpustakaan Desa Pasir Panjang 2006 8. Perpustakaan Desa Batu 2, Sepintas 1998 9. Perpustakaan Desa Sg. Air Tawar 1998 10. Perpustakaan Desa Kg. Banting 1999 11. Perpustakaan Desa Tebuk Berihun 1999 12. Perpustakaan Desa Sg. Apong 1999 13. Perpustakaan Desa Taman Muhibbah 2001 14. Perpustakaan Desa Kg. Batu 4 Sepintas 2001 15. Perpustakaan Desa Kg. Batu 38, Sabak Bernam 2001 16. Perpustakaan Desa Kg. Simpang Lima 2001 17. Perpustakaan Desa Kg. Tebuk Mufrad 2004 18. Perpustakaan Desa Kg. Parit Baru, Sungai Air 2004 Tawar 19. Perpustakaan Desa Kg. Tebuk Pulai, 2005 20. Perpustakaan Desa Kg. Parit 14, Sg Panjang 2005 21. Perpustakaan Desa Kg. Parit 6, Sg. Besar 2005 22. Perpustakaan Desa Kg Parit 11 Barat, Sg. Besar 2006 23. Perpustakaan Desa Parit 7 Baroh, Sg. Leman, Sekinchan
2006 24. Perpustakaan Desa Taman Setia Jaya 2006 25. Perpustakaan Desa Parit 8, Jalan Sungai Panjang, 2007 PERPUSTAKAA N BERGERAK
26. Perpustakaan Bergerak M9 Sungai Besar Perpustakaan memulakan konsep penjenamaan semula pada tahun 2009 yang salah satu diantara 3 elemen yang terlibat adalah Pembangunan Infrastruktur Perpustakaan (Selesa, Cantik & Kondusif). Melaluinya, perpustakaan berusaha memberikan penekanan kepada membaikpulih infrastuktur bangunan yang melibatkan bumbung, lantai, struktur bangunan, pendawaian dan tandas disamping itu perpustakaan juga akan dilengkapkan dengan perabut yang selesa, ruang solat, perkakasan IT, WiFi percuma dan dekorasi dalaman yang cantik dan ceria berkonsepkan atau „Rumah Keduaku‟ atau „My Second Home‟
Berikut adalah peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja pemuliharaan dan pembaikan infrastruktur bagi perpustakaan didaerah Sabak Bernam:
BIL Perpustakaan Kos Status Kerja-kerja pemasangan pendingin hawa 48 unit 2 kuasa kuda (inverter) Di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
RM 238,800.00
Selesai
Perpustakaan Desa Kg. Parit Baru
RM 169,568.00
Selesai
Perpustakaan Desa Parit 8, Sabak Bernam
RM 61,344.00
Selesai
Perpustakaan Desa Parit 14, Sabak
RM131,771.00
95%
Bernam Perpustakaan Pekan Sekinchan, Sabak Bernam
RM 400,000.00
Sedang Dalam Proses Pengubahsuaian Menaiktaraf dan Penjenamaan Semula (Rebranding) Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
RM 1,375,000.00
Projek dikendalikan oleh JKR.
Jangkaan buka
sebutharga pada November 2016
JUMLAH RM 2,376,483.00
Bagi Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK 11) Kerajaan Negeri memperuntukan RM 4,250,000.00 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf 17 perpustakaan desa di Daerah Sabak Bernam dengan anggaran kos RM 250,000.00 setiap perpustakaan. Usaha menaiktraf perpustakaan yang uzur ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Perpustakaan juga dari semasa ke semasa membuat kerja-kerja pembaikan kerosakan prasarana dan infrastruktur yang diterima dari semasa ke semasa.
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri untuk menarik masyarakat agar berminat ke Perpustakaan Awam?
Berikut adalah diantara usaha yang dilakukan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi menarik lebih ramai pengunjung:
PENJENAMAAN SEMULA BANGUNAN-BANGUNAN PERPUSTAKAAN.
Perpustakaan kini telah ditransformasikan menjadi hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric) dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding) dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).
Diantara keutamaan bagi konsep penjenamaan semula perpustakaan adalah dengan menaiktaraf keseluruhan bangunan perpustakaan seperti pembaikan bumbung, lantai, tandas dan mengecat semula bangunan
KEMUDAHAN
Bangunan-bangunan perpustakaan mula dijenama, dengan konsep yang lebih menarik melibatkan:-
- Perkhidmatan multimedia dan komputer
- Internet dan wifi percuma
- Komputer
- Kemudahan bilik seminar
- Kemudahan surau serta tandas yang bersih
- Penghawa dingin
KOLEKSI DAN BAHAN RUJUKAN TERKINI
Koleksi terkini sentiasa disediakan pada setiap bulan meliputi:
- Koleksi buku-buku bacaan terbitan semasa
- Koleksi peperiksaan yang bersesuaian untuk UPSR, PT3, SPM & STPM
- Buku-buku ilmiah untuk tujuan rujukan dan penyelidikan
- Langganan majalah-majalah ilmiah setiap bulan
- Surat khabar harian
PROGRAM DAN AKTIVITI
Perpustakaan juga memperluaskan usaha menarik minat masyarakat mengunjung perpustakaan melalui pendekatan seperti berikut:
- Kempen keahlian ke sekolah-sekolah / tadika berdekatan
- Menyertai karnival/ program yang dianjurkan oleh jabatan lain
- Mempergiatkan pinjaman berkelompok
- Anugerah peminjam terbanyak di semua peringkat
- Mempromosikan Pusat Siber Rakyat (PSR) & perkhidmatan IT
- Menyediakan kemudahan dewan dan bilik-bilik mesyuarat dan perbincangan
- Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit
- Pesta Buku Selangor