Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
252) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan perpustakaan awam yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut PBT.
Majlis Bandaraya Shah Alam
- Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
- Perpustakaan Desa Kg. Kubu Gajah, Sungai Buloh
- Perpustakaan Desa Kg. Sungai Pelong, Sungai Buloh
Majlis Perbandaran Klang
- Perpustakaan Daerah Klang, Klang
- Perpustakaan Cawangan Pelabuhan Klang, Pelabuhan Klang
- Perpustakaan Desa Meru, Klang
- Perpustakaan Desa Pulau Indah, Klang
- Perpustakaan Desa Bukit Kapar, Klang
- Perpustakaan Desa Sijangkang, Klang
- Perpustakaan Bergerak M10 – Klang
Majlis Perbandaran Selayang
- Perpustakaan Daerah Gombak, Bandar Baru Selayang
- Perpustakaan Desa Al-Syakirin, Gombak
- Perpustakaan Desa Kuang, Rawang
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
- Perpustakaan Desa Kg. Melayu Ampang, Ampang
- Perpustakaan Desa Lembah Jaya, Ampang
- Perpustakaan Desa Kg. Pandan, Ampang
- Perpustakaan Desa Kg. Cheras Baru, Cheras
Majlis Perbandaran Kajang
- Perpustakaan Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi
- Perpustakaan Cawangan Kajang, Hulu Langat
- Perpustakaan Pekan Semenyih, Semenyih
- Perpustakaan Desa Batu 14, Hulu Langat
- Perpustakaan Desa Beranang, Beranang
Majlis Perbandaran Sepang
- Perpustakaan Pekan Sungai Pelek, Sepang 2. Perpustakaan Desa Sg. Merab, Sepang
- Perpustakaan Desa Jenderam Hilir, Sepang
- Perpustakaan Desa Bukit Bangkong, Sg. Pelek, Sepang
- Perpustakaan Desa Bagan Lalang, Sg. Pelek, Sepang
Majlis Daerah Hulu Selangor
- Perpustakaan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu
- Perpustakaan Cawangan Rawang, Rawang
- PerpustakaanPekan Hulu Bernam, Hulu Selangor
- Perpustakaan Desa kg. Sungai Masin, Batang Kali
- Perpustakaan Desa Sungai Selisek, Kuala Kubu Bharu
- Perpustakaan Desa Kerling, Hulu Selangor
- Perpustakaan Desa Kalumpang, Hulu Selangor
- Perpustakaan Desa Sungai Choh, Rawang
Majlis Daerah Kuala Langat
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Banting
- Perpustakaan Desa Olak Lempit, Banting
- Perpustakaan Desa Sri Jugra, Banting
- Perpustakaan Desa Kampung Endah, Kuala Langat
- Perpustakaan Desa Jenjarom, Kuala Langat
- Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad Razali, Dengkil
- Perpustakaan Bergerak M3 – Banting
Majlis Daerah Kuala Selangor
- Perpustakaan Daerah Kuala Selangor, Kuala Selangor
- Perpustakaan Cawangan Tanjong Karang, Tg Karang
- Perpustakaan Pekan Sekinchan, Sekinchan
- Perpustakaan Pekan Batang Berjuntai, Kuala Selangor
- Perpustakaan Desa Ijok, Batang Berjuntai
- Perpustakaan Desa Sri Tiram Jaya, Tanjong Karang
- Perpustakaan Desa Parit Mahang, Jeram
- Perpustakaan Desa Bukit Badong, Batang Berjuntai
- Perpustakaan Desa Jeram, Jeram
- Perpustakaan Desa Sg. Gulang-Gulang, Tg. Karang
Majlis Daerah Sabak Bernam
- Perpustakaan Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar
- Perpustakaan Dataran Sabak Bernam, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Bagan Terap, Sungai Besar
- Perpustakaan Desa Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Binjai Jaya, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Pasir Panjang, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Batu 2, Sepintas, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Sungai Air Tawar, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Kampong Banting, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Tebuk Berihun, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Sungai Apong, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Taman Muhibbah, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Batu 4, Sepintas, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Batu 38, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Simpang Lima, Sungai Besar
- Perpustakaan Desa Tebuk Mufrad, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Parit Baru, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Tebuk Pulai, Sabak Bernam
- Perpustakaan Desa Parit 14, Sungai Panjang
- Perpustakaan Desa Parit 6, Sungai Besar
- Perpustakaan Desa Parit 8, Sg. Panjang, Sabak Bernam
- Perpustakaan Bergerak M9 – Sungai Besar
-
Apakah nisbah jumlah buku Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di perpustakaan awam dalam Negeri Selangor?
Nisbah jumlah buku Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Perpustakaan Awam dalam Negeri Selangor. (Pembelian)
BIl JENIS BUKU PERATUS 1 Bahasa Melayu 60% 2 Bahasa Inggeris 40% 3 Bahasa Cina 474 naskhah bahan sumbangan 4 Bahasa Tamil 134 naskhah bahan sumbangan -
Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan dan seterusnya menarik orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan?
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan dan seterusnya menarik orang ramai untuk berkunjung ke perpustakaan. Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan ialah proses penjenamaan semula dengan mengadakan Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Rebranding PPAS). Sesuai dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang ingin turut menjadikan perpustakaan sebagai Hub Ilmuwan, dengan pelancaran ini bakal menarik lebih ramai pengunjung dan pencinta buku ke perpustakaan.
Objektif penjenamaan semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Rebranding of PPAS) iaitu hub ilmuan Selangor yang akan membantu mengurangkan kadar kes jenayah dan gejala sosial. Peranan perpustakaan harus berkembang seiring dengan peredaran masa. Kita perlu suburkan jiwa mereka dengan bersesuaian dengan konsep “library my second home” yang juga seiring dengan pembaikan imej yang dilakukan, maka akan ramai yang datang ke perpustakaan.
Kerajaan mementingkan budaya membaca. Kerajaan menggerakkan semua perpustakaan awam di Selangor dengan memberi kemudahan secara percuma termasuk keahlian, pinjaman buku, penggunaan komputer dan Internet kepada semua masyarakat. Selangor merupakan negeri yang memberi kemudahan perpustakaan secara percuma sejak ianya ditubuhkan.
Perkhidmatan dan infrastruktur perpustakaan akan terus dipertingkatkan dengan tujuan untuk menyemai dan menggalakkan sikap suka membaca di kalangan orang awam.
Dalam hal ini, rangkaian perkhidmatan perpustakaan akan diperluaskan ke semua daerah, mukim dan kampung supaya lebih ramai penduduk mendapat akses kepada bahan-bahan bacaan. Agensi berkaitan akan bekerjasama untuk mempercepatkan pewujudan perpustakaan tersebut di pusat komuniti.
Usaha menggalakkan sikap suka membaca melalui Kempen Gerakan Membaca akan terus dilaksanakan. Dalam tempoh rancangan, lebih banyak perpustakaan baru termasuk perpustakaan di negeri, daerah dan luar bandar akan dibina manakala perpustakaan bergerak akan ditambah. Bagi meningkatkan tahap celik IT dan akses kepada maklumat, lebih banyak Pusat Siber Ilmu akan diwujudkan di seluruh negeri. Program latihan untuk kakitangan perpustakaan terutamanya berkaitan dengan penggunaan dan penyelenggaraan IT akan dipergiat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan.
Selaras dengan objektif menjadikan Perpustakaan Negeri sebagai pusat sumber dan rujukan, usaha akan dipertingkatkan untuk menambah koleksi dan perolehan bukubuku, jurnal dan bahan-bahan lain dalam pelbagai mata pelajaran terutamanya mata pelajaran sains, teknologi dan perniagaan.
Langkah-langkah ini juga diambil bagi memperkukuhkan penguatkuasaan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 bagi memastikan semua penerbitan dalam negara diserah dan didokumenkan secara sistematik serta sedia untuk rujukan dan penyelidikan. Bagi meningkatkan akses kepada maklumat yang diterbitkan dalam negara, usaha akan dipergiatkan untuk mendigitalkan penerbitan yang terpilih dalam tempoh rancangan. Dalam hal ini, langkah ini juga akan diambil untuk menggalakkan semua perpustakaan menjalankan program pendigitalan untuk memperbanyakkan pangkalan data maklumat.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi pengunjung yang datang ke setiap perpustakaan yang telah diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Aktiviti yang dijalankan oleh perpustakaan dibahagikan kepada lima bahagian yang mengendalikan program dan aktiviti tertentu.
Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) Shah Alam, kebanyakan aktiviti yang telah dijalankan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan juga Bahagian Maklumat Dan Penyelidikan. Ini adalah kerana kedua-dua bahagian ini merupakan nadi utama bahagian perkhidmatan di Perpustakaan RATU, Shah Alam. Aktiviti yang dijalankan meliputi aspek peringkat umur daripada pengguna kanak-kanak sehinggalah dewasa. Segala aktiviti yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mendidik pengunjung perpustakaan dan masyarakat tentang kepentingan ilmu, sebaran maklumat terkini, di samping menggalakkan pendaftaran penduduk Negeri Selangor untuk menjadi ahli perpustakaan seterusnya mencapai sasaran 2.5% peningkatan keahlian baru setiap tahun.
Bagi perkhidmatan Maklumat Daerah Zon 1 dan Zon 2, aktiviti dan program yang dijalankan terutamanya musim cuti sekolah telah menarik minat para pelajar khususnya dan peningkatan keahlian baru di semua perpustakaan daerah, cawangan, pekan dan desa.
Unit Gerakan Membaca telah merangka dan menjalankan program yang lebih tertumpu kepada masyarakat setempat juga membantu masyarakat lebih mengunjungi semua perpustakaan yang diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Pertandingan kuiz sejarah, deklamasi puisi dan aktiviti sempena bulan kemerdekaan adalah antara program yang menarik telah dilaksanakan dengan jayanya.
Bahagian Knowledge Management telah menjalankan aktiviti roadshow ke sekolah– sekolah di daerah-daerah Selangor untuk mempromosikan portal jejak IT, dan latihan asas IT pada musim cuti sekolah untuk lebih mendekatkan para pengguna perpustakaan dengan produk-produk digital yang dapat diakses oleh mereka.
Kunjungan dan lawatan-lawatan diterima daripada sekolah sekitar lembah Klang dan juga Institusi Pengajian Tinggi ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor amat menggalakkan bagi sepanjang tahun. Lawatan ini adalah untuk lebih mendekatkan masyarakat luar dengan perpustakaan yang tidak hanya mempunyai koleksi buku sahaja, malah pelbagai koleksi yang menarik dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak perpustakaan.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor juga menyertai Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu yang telah dianjurkan oleh Pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan telah mengadakan kempen keahlian kepada para pengunjung dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.