Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
89) PERPUSTAKAAN AWAM KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik keahlian, pengguna dan jumlah koleksi bahan rujukan perpustakaan-perpustakaan negeri?
Berikut adalaah statistik keahlian & pengguna terhadap kemudahan perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor:-
Perkara Tahun 2011 Tahun 2012 Tahun 2013 Tahun 2014 (JAN -APRIL)
Keahlian Baru 44,711 47,355 46,816 18,535 Pinjaman Buku 684,805 632,528 635,197 247,839 Pengunjung 859,187 1,302,987 1,467,700 478,360 Jumlah buku (termasuk Sumbangan) 84,217 189,360 145,431 – Buku Rujukan 16,843 37,872 29,086 – -
Apakah strategi perpustakaan negeri untuk meningkatkan minat membaca rakyat?
- Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), setiap tahun sentiasa merancang program-program bagi mengalakkan budaya membaca serta mempelbagaikan penyampaian
Program-program menggalakkan budaya membaca dikalangan masyarakat, dirancang dengan melibatkan semua kategori komuniti iaitu, kanak-kanak, remaja, dewasa serta warga emas.
Antara langkah-langkah yang di ambil adalah seperti berikut :
1. HARI ILMU NEGERI SELANGOR
Bermula pada 26 Jun 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan Hari Ilmu Negeri Selangor, majlis perasmian telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor. Program ini mengajak rakyat meneruskan budaya membaca dengan menjenama gerakan membaca. Saban tahun, hari ilmu akan diisi dengan program- program bermanfaat seperti membaca serentak beramai-ramai melalui kempen “15 minutes reading break”, bacaan kegemaran saya, puisi, pidato, kuiz dan sebagainya.
Tahun Tema Pencapaian Catatan 2010
Gerakan Membaca Perdana – ‘The Largest Outdoor Reading Event in Malaysia’
Pelancaran Gerakan Menulis Perdana 2010
Tema : Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan’
15,271
peserta/ Diiktiraf oleh Malaysia Book of Records
Disempurnakan oleh:
D.Y.M.M. Sultan Selangor
Di Tasik Shah Alam
2011
– Konvensyen Penulis
– Tokoh Penulis Selangor 2011
– Berhenti Sebentar, Jom Baca
(15 minutes reading break)
300 penulis
2,125
peserta
Di Pusat konvensyen Shah Alam
2012
– Tokoh Penulis Selangor 2012
– Tokoh Pustakawan Selangor 2012
– Baca & Amalkan
(15 minutes reading break)
Seorang Seorang
7,275
penyertaan
Anjuran EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan
Dilaksanakan di 9 daerah Negeri Selangor
2013
- Baca, Amal dan Sumbangkan
- Gerakan Menulis Perdana Ke 2 Tema: Mengehsankan Insan Di Negeri Selangor’
741 naskah sumbangan buku
Sumbangan buku oleh pengunjung pesta buku.
Program masih berjalan
Pengisian Hari Ilmu 2013 melibatkan agenda seperti berikut:
- Gerakan Menulis Perdana Kedua dengan tema ”Bagaimana Mengehsankan Insan di Selangor Darul Ehsan – cadangan dan pendapat anda”. Program ini telah dilancarkan pada 15 Mac
- Program “15 minutes reading break” telah dilaksanakan semasa sambutan Hari Buku Sedunia pada 23-24 April 2013 di 7 lokasi perpustakaan yang berbeza di seluruh Negeri
- Program “Baca, Amal dan Sumbangkan” melalui peti sumbangan yang disediakan di SACC dan sejumlah 741 naskah buku sumbangan
-
1. PESTA BUKU NEGERI SELANGOR
Pesta Buku negeri Selangor telah bermula pada tahun 2006 dan telah mendapat sambutan dari masyarakat sehinggalah ia dinamakan sebagai Pesta Buku ke 2 terbesar selepas Pesta buku Kuala Lumpur. Pesta Buku Selangor bertujuan bagi memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini.
Perkara Tahun Tahun Tahun Tahun 2012 Tahun 2013 2009 2010 2011 Tarikh
24 Julai – 25 Jun – 24 Jun – 29 Jun-
3 Ogos 5 Julai 3 Julai 9 Julai
24 Mei –
3 Jun
Tempat
Kompleks Kompleks Pusat Pusat PKNS PKNS Konvensye Konvensyen
n Shah Shah Alam Alam
Pusat Konvensyen Shah Alam
Pempamer
64 58 75 86
81
Gerai/Booth
114 114 157 163
163
Pengunjung
390,961 423,315 353,530 348,235
312,290
Kempen
Kahlian Baru 2,027 904 1,661 3,161 3,225
2. PROGRAM GALAKAN MEMBACA, GALAKGUNA PERPUSTAKAAN DAN PEMBUDAYAAN ILMU
Di dalam skala sederhana dan kecil semua pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan:
Diantara aktiviti dan program menuntut ilmu yang dilaksanakan adalah:
- Bicara buku (karya penulis tempatan)
- Kuiz/uji /ekplorasi minda
- Pertandingan bercerita, membaca pantas dan tulisan jawi,
- Pidato, deklamasi sajak dan
- Seminar Sejarah Lisan
- Sambutan Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa
- Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
- Bengkel Jejak Maklumat
- Bengkel ICT
- Pengkisahan sejarah
- Ulasan Buku
- Kelas Al Quran & Tajwid
- Bina Minda melalui permainan
- Pameran Sempena Sambutan hari Kemerdekaan
Berikut adalah statistik program dan aktiviti yang dijalankan diseluruh negeri Selangor perbandingan 2010 sehingga 2013:
Tahun Jumlah Aktiviti 2010
522 aktiviti
2011
1,021 aktiviti
2012
1,824 aktivti
2013
2,629 aktiviti
4 . PENJENAMAAN SEMULA BANGUNAN-BANGUNAN PERPUSTAKAAN.
Perpustakaan kini telah ditransformasikan menjadi hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric) dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding) dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).
Matlamat utama adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah sosial. Bermula pada tahun 2009, bangunan-bangunan perpustakaan mula dijenama, dengan konsep yang lebih menarik melibatkan:-
- Buku-buku dan bahan penyelidikan terkini(termasuk pembangunan koleksi bahasa cina dan tamil di sebahagian perpustakaan yang dijenama semula)
- Infrastruktur
- Ruang bacaan yang lebih santai
- Perabot yang serba moden
- Perkhidmatan multimedia
- Internet dan wifi percuma,
- Pusat siber rakyat,
- Kemudahan kafetaria dan surau serta tandas yang
Berikut adalah perpustakaan yang dibaikpulih dengan konsep penjenamaan semula (rebranding) dan telah berjaya menjadikan lebih ramai masyarakat berminat untuk menuntut ilmu:
Berikut adalah perpustakaan komuniti yang ditubuhkan bermula dari tahun 2010 dan telah mengalami perubahan melalui penjenamaan semula perpustakaan:
Bil Tarikh Pembukaan/ Perasmian Perpustakaan 1. 15/3/2010 Perpustakaan Semenyih 2. 14/4/2010 Perpustakaan Bukit Beruntung 3. 18/10/2010 Perpustakaan Sri Manja 4. 31/5/2011 Perpustakaan Sri Perantau 5. 17/10/2011 Perpustakaan Ampang Water Front 6. 9/6/2012 Perpustakaan Pandan Jaya 7. 21/2/2013 Perpustakaan Kajang 8. 24/3/2013 Perpustakaan Rawang 9. Akan dibuka Perpustakaan Sungai Udang, Klang 10. Akan dibuka Perpustakaan Lembah Jaya 11. Akan dibuka Perpustakaan Sg Pelek, Sepang Sesungguhnya usaha-usaha bagi mengalakkan budaya membaca dan penyampaian ilmu oleh kerajaan Negeri tidak tertumpu kepada perpustakaan atau sekolah malah menjadi tanggungjawab sosial semua pihak termasuk jabatan/agensi/anak syarikat serta sektor korporat negeri Selangor.
5. PROGRAM GALAKAN MEMBACA KEBANGSAAN TAHUN 2014
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia yang juga dianggotai oleh Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Sabah dan Sarawak merancang untuk menjalankan Program Galakan Membaca Kebangsaan secara serentak diseluruh Negara bagi memberi impak yang lebih meluas kepada masyarakat.
Diantara program ialah:
- Kempen Berhenti Sebentar, Jom Baca (lets read together)
(Sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia)
- Pelancaran Sahabat Perpustakaan (Friends of Library)
(Sempena Hari Belia Negara)
- Pameran Memori Korporat (Sempena Hari Kemerdekaan)
- Pelancaran: ‘Kids For Nation’ – Ilmu diJunjung, Warga Emas diSanjung (Sempena Hari Warga Emas dan Hari Kanak-Kanak Sedunia)
- Kempen berhenti sebentar, jom baca (Let’s read together)
Diadakan secara serentak seluruh Malaysia pada 22 April 2014 pada jam 10.00 hingga 10.10 pagi.
- Mengumpulkan hampir 2,000 penyertaan di Perp. Raja Tun Uda, Shah Alam
- Melibatkan 500 Buah sekolah di sekitar Selangor
- Melibatkan lebih 50 buah jabatan di seluruh Selangor
- Jumlah keseluruhan penyertaaan 610,000 penyertaaan
– Program dan Aktiviti sehingga 2013
Perpustakaan secara berterusan melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat dan telah mendapat sembutan menggalakan. Diantaranya seperti berikut:
Bil Program
Keberkesanan/ Pencapaian 1. Program Bicara Karya
Lima (5) siri program bicara buku-buku terbitan tempatan dengan tokoh pembicara seperti Sasterawan Negara, Doktor dan Professor.
625 peserta
2. Pertandingan berzanji dan marhaban
350 peserta
3. Aktiviti Dalaman di Perpustakaan Raja Tun
148 aktiviti
Uda Shah Alam -Melukis, mewarna, bercerita 6,660 peserta -Permainan interaktif minda -Buku skrap -Origami 4. Aktiviti dan Program Galakan Membaca di perkhidmatan perpustakaan di seluruh Selangor
1,716 aktiviti
128,700 peserta
5. Program Hari Buku dan Kanak-kanak Sedunia dijalankan serentak di 9 daerah
2,250 peserta
7. Seminar Sejarah Lisan Negeri Selangor
175 peserta
8. Seminar Kompas Penetapan Kalendar Hijrah.
215 peserta
– Keberkesanan Kemudahan di Perpustakaan
Pelbagai kemudahan disediakan kepada masyarakat dengan matlamat utama adalah:
- Bercirikan konsep penjenamaan semula perpustakaan
- Perpustakaan sebagai pusat penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat
- Menyediakan pelbagai kemudahan seisi keluarga
- Menarik masyarakat terutamanya golongan remaja yang tidak minat membaca untuk ‘lepak’ di
Berikut adalaah statistik sambutan masyarakat terhadap kemudahan perpustakaan di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam:
Perkara Tahun Tahun Tahun Tahun 2011 2012 2013 2014 (JAN -APRIL) Pengunjung 176,505 619,452 754,478 237,633 Lawatan 130 563 625 87 Pinjaman Buku 35,776 90,999 110,692 48,311 Keahlian Baru 11,195 16,970 14,469 6,627 Pengguna Multimedia 14,144 31,866 35,211 8,731 XD Teater 8,563 20,078 15,998 1,788 3 D Teater 116 4,189 2,559 463 Gimnasium – 1,074 1,046 290 PPAS juga telah mengambil inisiatif bagi menaikkan jumlah pinjaman buku dari 3 naskah kepada 5 naskah dan audio visual dari 2 unit kepada 5 unit.
-
Berapakah peruntukan untuk pembelian bahan dan penyelenggaraan semua perpustakaan negeri setahun?
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menerima peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi keperluan perbelanjaan
Berikut adalah peruntukan bagi pembelian bahan dan koleksi di Perbandanan Perpustakaan Awam Selangor perbandingan 2011 sehingga 2014:
Tahun
Peruntukan
Jumlah Pembelian
2011
2.483 juta
84,217 naskhah buku
2012
4.231juta
189,360 naskhah buku
2013
3.666 juta
145,431 naskhah buku
2014
3.630 juta
–
Berikut adalah peruntukan bagi perbelanjaan mengurus di Perbandanan Perpustakaan Awam Selangor perbandingan 2011 sehingga 2014:
Tahun Peruntukan
2011
2012
2013
2014
11.031 juta
13.407 juta
13.867 juta
13.330 juta