Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

196) PERPUSTAKAAN AWAM DI PAYA JARAS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan sebuah perpustakaan awam untuk penduduk di Paya Jaras?

    Pihak Perpustakaan Awam Selangor masih belum mempunyai perancangan untuk membina bangunan sebuah perpustakaan awam untuk penduduk di Paya Jaras pada tahun 2024. Walaubagaimanapun, PPAS akan dimasukkan dalam perancangan RMKe-13 (2025-2030) bagi membina baru perpustakaan tersebut dengan syarat-syarat seperti berikut:-

     

    • Menerima permohonan daripada pihak yang berkenaan.
    • Sekiranya perpustakaan itu dibina di atas tanah, maka status tanah mestilah jelas dan boleh diwartakan atas nama PPAS.
    • Sekiranya perpustakan itu diwujudkan di dalam bangunan sedia ada, premis perpustakaan tersebut perlu diserahkan kepada pihak pengurusan PPAS.

     

    1. PPAS mengambil pendekatan untuk memberi keutamaan bagi pewujudan perpustakaan seperti berikut:-
    • Kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi.
    • Keutamaan di kawasan B40 yang memberi tumpuan kepada masyarakat dalam kumpulan isi rumah terendah.
    • Kawasan yang mempunyai kemudahan awam mudah akses untuk masyarakat seperti sekolah, Institut Pengajian Tinggi, Klinik, Hospital, Pusat Komuniti, Masjid dan Taman rekreasi.

     

    1. PPAS juga menggunapakai standard keluasan dan populasi penduduk bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memohon perpustakaan.

     

    BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN POPULASI PENDUDUK
    MPS KPS ORANG
    1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000 500, 001 ke atas
    2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000 100,001-500,000
    3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000 50,001-100,000
    4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A

    (Bangunan)

    1,394 15,000 10,001-50,000
    Perpustakaan Pekan/Komuniti A

    (Rumah Kedai)

    139-465 1,500 – 5,000 7,001-10,000
    5. Perpustakaan Pekan/Komuniti A

    (Pusat Beli Belah)

    112-139 1,204 -1,500 1,000-7,000
    6. Perpustakaan Desa A 139 1,500 3,001-7,000
    Perpustakaan Desa B 121 1,300 1,001-3,000
    Perpustakaan Desa C 93 1,000 300-1,000

    Sumber Rujukan:

    Garis Panduan Standard Ruang Lantai Perpustakaan Awam Tahun 2015 oleh Perpustakaan Negara Malaysia

     

    1. Perpustakaan yang berada di kawasan Daerah Kuala Selangor seperti berikut :-

     

    Bil. Nama Perpustakaan & Alamat
    1 Perpustakaan Daerah Kuala Selangor

    Tingkat 2 & 3, Kompleks PKNS Kuala Selangor

    Jalan Perusahaan 1

    45000 Kuala Selangor

    2 Perpustakaan Awam Selangor, Bestari Jaya

    No. 31A, Jalan Berjuntai 3,

    Pusat Perniagaan Batang Berjuntai,

    45600 Kuala Selangor, Selangor.

    3 Perpustakaan Awam Selangor, Ijok

    Kg. Batu 8, Ijok,

    45600 Batang Berjuntai, Kuala Selangor.

    4 Perpustakaan Awam Selangor,Parit Mahang

    Kg. Parit Mahang,

    45800 Jeram, Kuala Selangor.

    5 Perpustakaan Awam Selangor, Jeram

    Batu 19, Jeram, Kuala Selangor,

    6 Perpustakaan Awam Selangor , Gulang-Gulang

    Kg. Sg. Gulang-Gulang,

    45500 Tg. Karang, Selangor.

    7 Perpustakaan Awam Selangor, Bukit Badong

    Kg. Bukit Badong,

    45600 Batang Berjuntai, Kuala Selangor.

    8 Perpustakaan Desa Sri Tiram Jaya

    Kg. Sri Tiram Jaya,

    45500 Tg. Karang, Selangor.

  2. Adakah cadangan tapak perpustakaan di Saujana Utama telah digazetkan sebagai tanah perpustakaan?

    Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah memaklumkan kepada PPAS pada 5 Oktober 2022 mengenai tapak yang telah diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor bagi tanah Lot 5362 yang berkeluasan 2059 meter persegi di Bandar Saujana Utama, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor adalah merupakan tapak yang telah diluluskan untuk tujuan perpustakaan berdasarkan kepada Pelan Lulus MDKS.301/18/17/2003KM bertarikh 24 Disember 2003. Lot ini juga telah diukur halus oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui Pelan Akui (PA) 86069. PPAS juga telah memohon pewartaan dan perizaban tanah kerajaan berkeluasan 2059 meter persegi bagi Lot 5362, Bandar Saujana Utama, 47000 Saujana Utama, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor, Selangor bagi tujuan perpustakaan.

  3. Bilakah projek perpustakaan awam tersebut akan dimulakan?

    Projek perpustakaan awam tersebut akan dimasukkan dalam dalam perancangan RMKe-13 (2025-2030) bagi membina baru perpustakaan dengan memenuhi syarat seperti jawapan (a) diatas.

Lampiran

Tiada Lampiran.