Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

60) PERPUSTAKAAN AWAM DI HULU SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini kerja-kerja naik taraf Perpustakaan Kuala Kubu Bharu.

    Status terkini kerja-kerja naik taraf Perpustakaan Kuala Kubu Bharu:-

    Kemajuan Fizikal (sehingga 31.7.2021)
    Semasa 56 %
    Jadual 98%
    Lewat (-42) % (310 hari)

     

    Peratusan siap kerja di tapak mengikut pecahan kerja adalah seperti berikut:-

    Bil Spesifikasi Peratus Siap
    1. Kemasan siling 90%
    2. Kemasan dinding 70%
    3. Kerja luaran 40%
    4. Kerja Mekanikal & Elektrikal 35%

     

    Maklumat tambahan:-

    Bil Perkara Maklumat
    1. Nama Projek Cadangan Menaiktaraf Perpustakaan Awam Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
    2. No Kontrak JKR/SEL/851/2019
    3. Maklumat Kontraktor Ambang Terbilang Sdn.Bhd
    4. No. Pendaftaran CIDB 0120090421-PK123137
    5. Gred/ Taraf G5
    6. Tarikh Milik Tapak 11 Mac 2019
    7. Tarikh Siap Asal 08 Mac 2021
    8. Tempoh Kontrak Asal 104 Minggu
    9. Tarikh Siap Semasa EOT No.1

    30 Jun 2021 (114 hari -PKP 1.0)

    EOT No.2

    29 Ogos 2021 (60 hari – PKP 3.0)

     

    Makluman semasa kelewatan projek adalah disebabkan oleh:-

    • Pasukan pengurusan pihak kontraktor yang tidak memuaskan semasa di awal pembinaan dan pasukan pentadbiran baharu telah mengambil alih projek serta mula menunjukkan kemajuan di tapak.
    • Bahan binaan tidak dapat dibekalkan kerana pembekal bahan binaan tidak mendapat kelulusan dari MITI dalam tempoh PKP.
  2. Apakah kos sebenar yang telah dibelanjakan dan akan dibelanjakan untuk kerja-kerja naik taraf Perpustakaan Kuala Kubu Bharu ini?

    Kos sebenar yang telah dibelanjakan dan akan dibelanjakan untuk kerja-kerja naik taraf Perpustakaan Kuala Kubu Bharu adalah seperti berikut:-

    Bil Perkara Jumlah
    1. Kos Kontrak Asal RM3,250,000.00
    2. Bayaran yang telah perakui oleh JKR

    Interim 1 hingga 20

    RM938,191.69
    3. Baki Perbelanjaan RM2,311,808.31
  3. Adakah Kerajaan Negeri telah menyelesaikan masalah hak milik tanah Perpustakaan Kerling? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Tanah yang dipohon bagi menaiktaraf Perpustakaan Desa Kerling telah dirizabkan untuk kegunaan Persekutuan di bawah Perkara 166 (4) Perlembagaan Persekutuan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Pihak perpustakaan telah pun memohon tapak tersebut dari Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor bermula tahun 2016. Untuk makluman, Perpustakaan Desa Kerling telah beroperasi sejak tahun 1996 dan memerlukan proses menaiktaraf dilaksanakan disebabkan keadaan perpustakaan tersebut yang semakin uzur.

    Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS) pada 28 Jun 2018 telah memohon pelepasan tanah daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Negeri Selangor bagi memohon pelepasan tanah untuk dirizabkan kepada PPAS namun masih belum mendapat maklumbalas daripada pihak yang berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.