Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

409) PERPUSTAKAAN AWAM DI DUN SERI KEMBANGAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat ini, tiada perpustakaan awam di dalam kawasan DUN Seri Kembangan. Adakah sewaan dapat dikecualikan sekiranya tempat yang dicadangkan untuk menjadikan perpustakaan awam merupakan hak milik Kerajaan Tempatan?

    Pihak PPAS telah mendapatkan maklumat daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk mendapatkan status premis yang dicadangkan oleh pihak DUN Seri Kembangan. Pihak MBSJ telah memaklumkan premis tersebut mempunyai kadar sewa yang bergantung pada kadar sewa pasaran.

    Namun demikian, pemilihan lokasi yang bersesuaian sangat penting dan lebih utama bagi menyediakan perkhidmatan perpustakaan, contohnya kawasan yang berdekatan dengan sekolah, kawasan perumahan, atau kawasan mudah diakses oleh awam.

    Di samping itu, PPAS lebih mengutamakan lokasi yang tidak mengenakan kadar sewa bagi mengurangkan perbelanjaan pengurusan.

  2. Adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu perpustakaan awam di setiap DUN?

    1. Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan, sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai cadangan untuk mendirikan perpustakaan di kawasan yang bersesuaian di DUN masing-masing.
    2. Bagi permohonan perpustakaan baharu, syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
      – Sekiranya perpustakaan itu dibina di atas tanah, maka status tanah mestilah jelas dan boleh diwartakan atas nama PPAS.
      – Sekiranya perpustakan itu diwujudkan di dalam bangunan sedia ada, premis perpustakaan tersebut perlu diserahkan kepada pihak pengurusan PPAS.
    3. PPAS mengambil pendekatan untuk memberi keutamaan bagi pewujudan perpustakaan seperti berikut:-
      – Kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi.
      – Kawasan B40 yang memberi tumpuan kepada masyarakat dalam kumpulan isi rumah terendah.
      – Kawasan yang mempunyai kemudahan awam mudah akses untuk masyarakat seperti sekolah, Institut Pengajian Tinggi, Klinik, Hospital, Pusat Komuniti, Masjid dan Taman rekreasi.
    4. PPAS juga mengguna-pakai standard keluasan dan populasi penduduk bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memohon perpustakaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.