Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

99) PERPUSTAKAAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan dan objektif perpustakaan awam daerah dan desa?

    Peranan Perpustakaan awam daerah dan desa

    • Memberi perkhidmatan dan kemudahan membaca bagi komuniti diperingkat daerah dan desa
    • Melaksanakan kempen-kempen membaca diperingkat daerah dan desa
    • Memberi perkhidmatan Perpustakaan Bergerak kepada kawasan-kawasan jauh dari perpustakaan atau sekolah-sekolah.
    • Memberi khidmat rundingan bagi penubuhan perpustakaan mini atau di rumah.
    • Memperolehi sumbangan bagi Bank Buku Darul Ehsan.

    Objektif Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

    • Menubuh, mengurus dan menyelenggarakan Perpustakaan Awam Negeri dan cawangan-cawangan perpustakaan di seluruh negeri
    • Mengadakan dan menyelenggara Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa.
    • Mengambil alih mana-mana perpustakaan yang ada di dalam negeri dengan persetujuan pentadbir perpustakaan tersebut.
    • Mengembangkan dan menggalakkan bacaan khususnya dalam Bahasa

    Malaysia.

  2. Nyatakan bilangan kunjungan pengguna di setiap perpustakaan dalam tahun 2008- 2010.

    Nyatakan bilangan kunjungan pengguna di setiap perpustakaan dalam tahun 2008-2010?

    Jenis Perpustakaan 2008 2009 2010
     
    RATU 120,481 151,397 146,924
    Daerah 163,253 173,174 186,041
    Cawangan 41,459 44,603 42,646
    Pekan 65,350 76,259 76,649
    Desa 334,954 374,047 374,135
    Bergerak 43,366 21,238 30,838
    Jumlah 768,863 840,698 857,233
  3. Nyatakan kos penyelenggaraan setiap perpustakaan awam dalam tahun 2008-2010

    Nyatakan kos penyelenggaraan setiap perpustakaan awam dalam tahun 2008-2010?

    Kos Penyelenggaraan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
    2008 2009 2010
    RM 3,154,976.00 RM 1,917,540.00 RM 1,944,431.00

Lampiran

Tiada Lampiran.