Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
10) PERPUSTAKAAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi tahun 2007-2013.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menerima peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi keperluan perbelanjaan mengurus.
Bagi tahun 2007 sehingga 2013 terimaan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi perbelanjaan mengurus adalah sebagaimana berikut:
Bil Tahun Peruntukan Kerajaan 1. 2007 RM 5,498,815.00Persekutuan 2. 2008 RM 5,498,815.00 3. 2009 RM 4,687,740.00 4. 2010 RM 2,417,000.00 5. 2011 RM 2,658,700.00 6. 2012 RM 7,462,073.00 7. 2013 RM 7,333,492.00 JUMLAH RM 35,556,635.00 -
Senaraikan jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membina perpustakaan cawangan/bandar/desa mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2013 dan sasaran pembinaan perpustakaan baru untuk 2013-2018.
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mula ditubuhkan pada 1971 bermula dengan pengambilalihan Kelab Buku Kuala Lumpur (KL Book Club). Perpustakaan ini mula berpindah ke Shah Alam pada tahun 1986 dan pada 15 Mac 1988 ia diberi nama Perpustakaan Raja Tun Uda. Manakala pada Mei 2011 PPAS telah berpindah ke bangunan baru di Seksyen 13, Shah Alam dan memulakan perkhidmatan pada 22 Julai 2011. Bangunan baru ini merupakan hadiah dari DYMM Sultan Selangor kepada rakyat sempena perisytiharan Selangor Maju 2005.
Semenjak penubuhannya sehingga kini, PPAS telah mempunyai 98 buah perpustakaan di seluruh Selangor. Bermula dengan proses Penjenamaan Semula (Rebranding) yang dijalankan pada Mei 2009, PPAS memulakan misi penjenamaan semula perpustakaan dengan konsep baru yang menggabungkan ilmu, spiritual, santai, selesa, moden dan kreatif. Konsep ini menggunapakai idea-idea moden dan kreatif dari restoran, kedai buku moden, pusat membeli belah, hotel dan kafe siber namun diadaptasi dengan kos mampu milik yang boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat.
Berikut merupakan taburan perpustakaan mengikut jenis perpustakaan:
Jenis Perpustakaan Bilangan Pusat 1 Daerah 7 Cawangan 4 Pekan 10 Desa 57 Desa (PNM) 16 Bergerak 3 Jumlah 98 Berikut merupakan taburan perpustakaan yang dibina bermula tahun 2007 sehingga kini dan juga perancangan PPAS untuk pembinaan bermula 2013 – 2018.
DAERAH 2013 2014 2015 2016 2017 2018 KLANG √ √ KUALA SELANGOR √ √ SABAK BERNAM √ HULU LANGAT √ KUALA LANGAT √ √ HULU SELANGOR √ SEPANG √ √ Pecahan Taburan Perpustakaan Mengikut Daerah ( 2007-2013 )
PECAHAN PERUNTUKAN YANG DISALURKAN MENGIKUT DAERAH
DAERAH PERUNTUKAN (RM) Persekutuan Negeri Kuala Selangor 317,195.98 Sepang 444,500.00 Hulu Selangor 40,000.00 Hulu Langat 2,425,000.00 Petaling 110,000.00 Klang 330,000.00 Gombak 195,000.00 JUMLAH 3,861,695.98 Cadangan Pembinaan dan menaiktaraf Perpustakaan Baru 2013-2018 Namun begitu, pihak PPAS akan menyediakan lain-lain cadangan dan perancangan projek pembinaan yang akan dibentangkan dan diperincikan dalam penyediaan RMK11 ( 2016-2020 ).
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan budaya membaca dan mempelbagaikan penyampaian ilmu untuk melahirkan warga negeri yang minat menuntut ilmu?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),setiap tahun sentiasa merancang program-program bagi mengalakkan budaya membaca serta mempelbagaikan penyampaian ilmu.
Program-program menggalakkan budaya membaca dikalangan masyarakat, dirancang dengan melibatkan semua kategori komuniti iaitu, kanak-kanak, remaja, dewasa serta warga emas.
Antara langkah-langkah yang di ambil adalah seperti berikut :
- HARI ILMU NEGERI SELANGOR
Bermula pada 26 Jun 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan Hari Ilmu Negeri Selangor, majlis perasmian telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor. Program ini mengajak rakyat meneruskan budaya membaca dengan menjenama gerakan membaca. Saban tahun, hari ilmu akan diisi dengan program-program bermanfaat seperti membaca serentak beramai-ramai melalui kempen “15 minutes reading break”, bacaan kegemaran saya, puisi, pidato, kuiz dan sebagainya.
Tahun Tema Pencapaian Catatan 2010 – Pelancaran Gerakan Menulis Perdana 2010 Tema : Selangor Negeri Idaman,
Maju, Sejahtera dan
Berkebajikan’
– ‘The Largest Outdoor Reading Event in Malaysia’
15,271 peserta Disempurnakan oleh: D.Y.M.M. Sultan Selangor
Malaysia Book of Records
2011 – Konvensyen Penulis – Tokoh Penulis Selangor 2011
– Berhenti Sebentar, Jom Baca (15 minutes reading break)
300 penulis 2,125 peserta
Di Pusat konvensyen Shah Alam 2012 – Tokoh Penulis Selangor 2012 – Tokoh Pustakawan Selangor
2012
– Baca & Amalkan
(15 minutes reading break)
Seorang Seorang
7,275 penyertaan
Anjuran EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Dilaksanakan di 9 daerah
Negeri Selangor
2013 – Baca, Amal dan Sumbangkan – Gerakan Menulis Perdana Ke 2
Tema: Mengehsankan Insan Di
Negeri Selangor’
741 naskah buku Sumbangan buku oleh pengunjung pesta buku. PESTA BUKU NEGERI SELANGOR
Pesta Buku negeri Selangor telah bermula pada tahun 2006 dan telah mendapat sambutan dari masyarakat sehinggalah ia dinamakan sebagai Pesta Buku ke 2 terbesar selepas Pesta buku Kuala Lumpur. Pesta Buku Selangor bertujuan bagi memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini.
Perkara Tahun 2009 Tahun 2010 Tahun 2011 Tahun 2012 Tahun 2013 Tarikh 24 Julai – 3 Ogos
25 Jun – 5 Julai
24 Jun – 3 Julai
29 Jun- 9 Julai
24 Mei – 3 Jun
Tempat Kompleks PKNS Kompleks PKNS Pusat Konvensyen
Shah Alam
Pusat Konvensyen
Shah Alam
Pusat Konvensyen
Shah Alam
Pempamer 64 58 75 86 81 Gerai/Booth 114 114 157 163 163 Pengunjung 390,961 423,315 353,530 348,235 312,290 Pendaftaran Kahlian
Baru
2,027 904 1,661 3,161 3,225 PROGRAM GALAKAN MEMBACA DAN MENUNTUT ILMU
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Gerakan Membaca Daerah telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti sama ada di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah.
D iantara aktiviti dan program menuntut ilmu yang dilaksanakan adalah:
- Program Jom Baca (15 minutes reading break)
- Gerakan Menulis Perdana; ‘Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan’
- Gerakan Menulis Perdana Ke 2; ‘Mengehsankan Insan Di Negeri Selangor’
- Bicara buku (karya penulis tempatan)
- Kuiz eksplorasi minda
- Kuiz roda ilmu
- Pertandingan bercerita, membaca pantas dan tulisan jawi, Pidato, sajak dan puisi.
- Seminar sejarah lisan
- Sambutan Hari Buku Kanak-kanak Antarabangsa
- Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dan sebagainya
Berikut adalah statistik program dan aktiviti yang dijalankan di seluruh negeri Selangor perbandingan 2010-2012:
Tahun Jumlah Aktiviti 2010 472 aktiviti 2011 892 aktiviti 2012 1,692 aktivti PENJENAMAAN SEMULA BANGUNAN-BANGUNAN PERPUSTAKAAN.
Perpustakaan kini telah ditransformasikan menjadi hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric) dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding) dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).
Matlamat utama adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah sosial. Bermula pada tahun 2009, bangunanbangunan perpustakaan mula dijenama, dengan konsep yang lebih menarik melibatkan
- Buku-buku dan bahan penyelidikan terkini
- Infrastruktur
- Ruang bacaan yang lebih santai
- Perabot yang serba moden
- Perkhidmatan multimedia
- Internet dan wifi percuma,
- Pusat siber rakyat,
- Kemudahan kafetaria dan surau serta tandas yang bersih.
Berikut adalah perpustakaan yang dibaikpulih dengan konsep penjenamaan semula (rebranding) dan telah berjaya menjadikan lebih ramai masyarakat berminat untuk menuntut ilmu:
Bil Tarikh Pembukaan/ Perasmian Perpustakaan 1. 15/4/2010 Perpustakaan Bukit Beruntung 2. 20/4/2010 Perpustakaan Semenyih 3. 18/10/2010 Perpustakaan Sri Manja 4. 31/5/2011 Perpustakaan Sri Perantau 5. 18/10/2011 Perpustakaan Ampang Water Front 6. 9/6/2012 Perpustakaan Pandan Jaya 7. 21/2/2013 Perpustakaan Kajang 8. 24/3/2013 Perpustakaan Rawang 9. 1/7/2013 Perpustakaan Sungai Udang Sesungguhnya usaha-usaha bagi menggalakkan budaya membaca dan penyampaian ilmu oleh kerajaan Negeri tidak tertumpu kepada perpustakaan atau sekolah malah menjadi tanggungjawab sosial semua pihak termasuk jabatan/agensi/anak syarikat serta sektor korporat negeri Selangor.