Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

223) PERPARITAN TANAH KAMPUNG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri menaiktaraf parit di kawasan kampung-kampung yang terkesan dengan banjir?

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor

    Mukim Hulu Bernam merupakan salah satu kawasan di bawah pentadbiran Daerah Hulu Selangor. Ianya terletak di utara Negeri Selangor yang bersempadan dengan Negeri Perak. Mukim Hulu Bernam berkeluasan 44.8 hektar dan dianggarkan kepadatan penduduk sekitar 28,000 orang. Di dalam Mukim Hulu Bernam terdapat sebanyak empat (4) Tanah Rancangan Felda iaitu Felda Gedangsa, Felda Sungai Dusun/ Soeharto, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor melalui JPS Daerah Hulu Selangor secara umumnya melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan anak-anak sungai sahaja. Panjang sungai dan anak sungai yang dipantau dan diselenggara adalah dianggarkan sepanjang 40km. Sungai-sungai tersebut adalah seperti Sungai Bernam, Sungai Inki, Sungai Merapoh, Sungai Geriang, Sungai Gedangsa, Sungai Dusun, Sungai Keranji, Sungai Tembaga, Sungai Rambai dan Sungai Tengi. Pemantauan dari semasa ke semasa dijalankan bagi memastikan sungai berada dalam keadaan berfungsi dengan baik. Kerja menaiktaraf sungai juga akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan di tapak dan peruntukan yang diperolehi.

    JPS Negeri Selangor tidak melaksanakan kerja/ projek menaiktaraf parit di kampung-kampung memandangkan parit-parit tersebut adalah di bawah bidang kuasa Pembangunan Luar Bandar (PLB), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor.

    Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor

    Cadangan kerja-kerja bagi menaiktaraf longkang daripada jenis longkang tanah kepada longkang konkrit dan juga memperbesarkan saiz longkang adalah dicadangkan jika perlu dan mengikut kesesuaian kapasiti penduduk/ kawasan tadahan terutamanya di kawasan kampung-kampung yang terlibat/ berpotensi banjir.

  2. Berapakah peruntukan bagi kerja menaiktaraf parit di kawasan kampung di DUN Hulu Bernam tahun 2024?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1.08 juta untuk melaksanakan 26 kerja penyelenggaraan sungai di kawasan Mukim Hulu Bernam secara berkala dan juga one-off. Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

  3. Berapa jumlah permohonan menaiktaraf parit di DUN Hulu Bernam yang telah diluluskan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1.08 juta untuk melaksanakan 26 kerja penyelenggaraan sungai di kawasan Mukim Hulu Bernam secara berkala dan juga one-off. Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.