Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

288) PERPARITAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan menaik taraf sistem perparitan di sepanjang Jalan Sultan Alam Shah, Kanchong Darat yang diketahui sepanjang jalan itu banyak kedai dan gerai makan yang memerlukan sistem saliran yang baik agar aliran air mengalir dengan baik dan lancar?

    Kerja penyelenggaraan terhadap parit sedia ada dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Keperluan untuk menaiktaraf akan dikenalpasti mengikut keperluan semasa dan pengesyoran daripada kajian terperinci yang telah dijalankan oleh pihak JPS. Cadangan pembaikan sistem saliran sedia ada juga akan dimasukkan bersama kerja-kerja pembaikan jalan dan akan dilaksanakan sekiranya peruntukkan diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.