Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

8) PERPADUAN RAKYAT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Perpaduan

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memupuk dasar perpaduan untuk pelaksanaan di Negeri Selangor?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Sebelum tahun 2024, Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional Negeri Selangor bertindak untuk melaksanakan dasar dan program perpaduan melalui Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS). Walau bagaimanapun bermula tahun 2024 setelah terbentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Selangor, Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JTPN) telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Exco yang memegang portfolio perpaduan dan keahliannya terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu yang berkaitan.

    Secara asasnya penubuhan JTPN ini adalah untuk memperkukuhkan pelaksanaan dasar dan agenda perpaduan Negeri Selangor melalui objektif seperti berikut:

    1. Menjadi forum untuk membincangkan isu dan masalah yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan dan hal integrasi nasional melalui perkongsian maklumat bersama badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu;
    2. Menjelaskan isu-isu semasa dan menjawab persoalan yang menjadi pertikaian di peringkat akar umbi yang boleh mencetuskan masalah perhubungan dan ketegangan sosial dalam masyarakat;
    3. Mengesyor inisiatif dan program untuk memantapkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di peringkat komuniti melalui aktiviti pendampingan sosial dan program penggalakan; dan
    4. Menjalin kerjasama pintar dan menggembleng sumber-sumber sedia ada agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil dalam menyokong inisiatif membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian bagi memastikan perpaduan masyarakat sentiasa terpelihara.
  2. Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan bahawa dasar-dasar ini dilaksanakan dengan berkesan di semua peringkat masyarakat?

  3. Adakah kerajaan menyediakan geran program kepada NGO atau perbadanan komuniti setempat bagi melaksanakan program komuniti yang berkonsepkan perpaduan rakyat? Ulaskan secara terperinci.

    Buat masa ini, tiada sebarang geran yang khusus bagi pelaksanaan program-program berkonsepkan perpaduan rakyat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional mengalu-alukan sebarang cadangan pelaksanaan program-program perpaduan daripada mana-mana pertubuhan atau Badan Bukan Kerajaan untuk diperhalusi dan dipertimbangkan pelaksanaannya menggunakan peruntukan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.