Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
244) PERPADUAN RAKYAT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikutan program Rumpun Selangor D'Desa, apakah hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan naratif program yang sama untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat bandar?
Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri telah merancang untuk menganjurkan Program Gagasan Rumpun Selangor di kesemua sembilan (9) daerah sebagai kesinambungan kepada Program Rumpun Selangor D’ Desa. Program ini dirancang tidak hanya menyasarkan masyarakat luar bandar bahkan diharapkan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat di Negeri Selangor. Program ini juga akan menjadi program utama bersifat (multi agency) dan sektoral untuk memberi impak yang tinggi kepada masyarakat yang disentuh semasa pelaksanaannya.
Pengisian utama karnival ini termasuk gerai dan pameran agensi di tapak karnival dan pelbagai aktiviti teras dan tambahan. Bagi merapatkan hubungan di antara Istana dan rakyat, DYTM Raja Muda Selangor berkenan untuk berangkat turun padang ke setiap daerah dan mencemar duli menyantuni rakyat jelata yang diyakini dapat memupuk perpaduan rakyat antara kaum dan memastikan ianya meliputi setiap lapisan masyarakat setempat.
-
Apakah perancangan kerajaan dalam memperkasa dan menyebar luas Hashtag #KitaSelangor yang akan merangkumi penghayatan nilai perpaduan?
Seiring dengan pengenalan Gagasan Rumpun Selangor, program-program yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Nasional Negeri Selangor akan memperkasakan penggunaan #KitaSelangor disamping pelaksanaan agenda-agenda baharu yang mengetengahkan penghayatan nilai perpaduan di dalam Gagasan Rumpun Selangor.