Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
11) PEROLEHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjamin semua proses perolehan di Negeri Selangor menjamin prinsip "value for money" dan berintergriti?
Pelaksanaan perolehan Kerajaan Negeri adalah berpandukan kepada Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Namun demikian dalam usaha menjamin prinsip value for money dan berintegriti, Kerajaan Negeri melaksanakan Dasar Penilaian secara sistem cut-off dalam perolehan Kerajaan iaitu menggunakan formula statistik untuk menentukan paras harga terendah yang dianggap munasabah dan kompetetif untuk diperakukan. Kaedah ini adalah telus kerana penentuan kemunasabahan harga berdasarkan kaedah statistik harga pasaran kontraktor yang memasuki sebut harga/tender setelah tempoh iklan ditutup. Harga yang layak dan disyorkan pula adalah harga terendah dari kalangan petender yang telah disenarai pendek dengan syarat lulus semua peringkat penilaian.
sebut harga/tender setelah tempoh iklan ditutup. Harga yang layak dan disyorkan pula adalah harga terendah dari kalangan petender yang telah disenarai pendek dengan syarat lulus semua peringkat penilaian.