Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

3) PEROLEHAN CUKAI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perolehan cukai dan hasil-hasil lain bagi Majlis Daerah Kuala Selangor.

    Perolehan hasil cukai dan hasil-hasil lain bagi Majlis Daerah Kuala Selangor sehingga 31 Disember 2020 berjumlah RM60,729,955.69 adalah seperti berikut:-

    i. Cukai langsung termasuk Cukai taksiran, Sumbangan Membantu Kadar Persekutuan, Negeri dan Agensi adalah sebanyak RM32,782,834.54.

    ii. Manakala hasil bukan cukai yang terdiri daripada hasil Lesen, Permit, Bayaran Perkhidmatan, Perolehan Dari Jualan Barang, Petil dan Pelan, Sewaan, Faedah Dari Pelaburan, Denda dan Hukuman berjumlah RM15,427,876.67.

    iii. Hasil terimaan bukan hasil yang terdiri daripada Pulangan Perbelanjaan dan Terimaan Agensi Kerajaan berjumlah RM12,519,244.48.

  2. Berapakah lesen perniagaan yang telah diluluskan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor bagi tahun 2020 dan setakat ini? Sila perincikan.

    Berikut adalah jumlah lesen perniagaan yang telah diluluskan bagi tempoh Januari 2020 hingga Disember 2020 :-

    Lesen Risiko       : 117

    Lesen Serta Merta :  483

    Berikut adalah jumlah lesen perniagaan yang telah diluluskan bagi tempoh Januari 2021 hingga Jun 2021 :-

    Lesen Risiko       :  86

    Lesen Serta Merta : 317

Lampiran

Tiada Lampiran.