Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

225) PEROBOHAN TEMPAT KEDIAMAN PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan atau keputusan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri mengenai isu rumah kediaman dua orang pegawai masjid di Lapangan Terbang Subang yang diarahkan oleh Malaysian Airports Holding Berhad (MAHB) diminta untuk mengosongkan kediaman tersebut?

    Kedua-dua pihak penyampai memorandum tersebut iaitu En. Razak Bin Said dan En Yaakob Bin Abdul adalah bukan Pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang. Hanya En Razak bin Said pernah bertugas di masjid tersebut sebagai bilal dan siak sekitar tahun 2006-2009. Manakala En Yaakob tidak tidak pernah menjadi pegawai masjid tetapi hanya sebagai sukarelawan masjid.

    Kedudukan rumah mereka juga berada di luar dari tapak masjid yang telah dipajakkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) seluas 4.5 ekar bagi tempoh 60 tahun.

  2. Adakah Kerajaan Negeri dapat menghulurkan bantuan mencari tapak rumah baru untuk kedua-dua pegawai masjid?

    Pihak JAIS selaku agensi yang diamanahkan untuk mengurus tatakelola pengurusan Masjid Lapangan Terbang Subang tersebut juga tidak dapat membantu urusan penggantian tapak rumah tersebut memandangkan ianya diluar dari bidangkuasa jabatan ini dan pemilikan tanah adalah atas MAHB.

Lampiran

Tiada Lampiran.