Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
263) PEROBOHAN MASJID DAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI PEKAN DENGKIL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu perobohan Kuil serta Masjid Pekan Dengkil atas tanah yang dimiliki Intan Jugra Sdn Bhd?
Untuk makluman, tanah yang terlibat adalah tanah hak milik dan menurut Seksyen 340, Kanun Tanah Negera, kepentingan Pemilik Tanah adalah tidak boleh disangkal. Oleh yang demikian penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan adalah tanggungjawab Pemilik Tanah. Walau bagaimanapun, Pejabat Daerah Tanah Sepang telah menyarankan kepada Pemilik Tanah, pihak kuil dan masjid untuk mengadakan rundingan bagi cadangan penyelesaian secara harmoni.
Untuk makluman Y,B, Dengkil juga, berhubung dengan isu tapak masjid, Kerajaan Negeri telah merizabkan tapak seluas 10 ekar bagi pembinaan Masjid Baru Pekan Dengkil berhampiran dengan kedudukan masjid sedia ada.