Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
147) PEROBOHAN GERAI PENJAJA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prosedur merobohkan gerai penjaja?
Prosedur perobohan gerai dilakukan dengan pengeluaran Notis Amaran kali pertama dan sekiranya tidak dipatuhi, Notis Amaran kali kedua akan dikeluarkan, sekiranya masih ingkar kedua-dua Notis Amaran, tindakan perobohan boleh dilakukan di bawah Seksyen 46(1)(a) Akta 133 AJPDB 1974 iaitu menyenggara gerai di tempat awam atau UUKP 2007 iaitu menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada PBT (penjaja). Tindakan bersepadu juga boleh dilakukan bersama Jabatan Pelesenan dan Jabatan Bangunan. Bagi Penjaja yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan di tanah kerajaan tindakan pengeluaran notis merobohkan boleh digunakan di bawah Seksyen 425 Akta Kanun Tanah Negara manakala di atas tanah persendirian tindakan pengeluaran notis boleh digunakan di bawah Seksyen 31 Akta Perancangan Bandar 172 atau Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
-
Senaraikan gerai penjaja yang telah dirobohkan kerajaan negeri dari 2013 hingga 2014 mengikut PBT?
Bilangan gerai penjaja yang telah dikenakan tindakan perobohan dari tahun 2013 hingga 2014 mengikut PBT adalah 418 buah gerai seperti di bawah:-
BIL. PBT TAHUN 2013 TAHUN 2014 1. MBSA 0 0 2. MBPJ 0 60 3. MPSJ 0 0 4. MPS 20 17 5. MPAJ 2 1 6. MPK 35 0 7. MPKj 99 130 8. MPSp 0 0 9. MDKS 0 10 10. MDKL 3 1 11. MDSB 0 0 12. MDHS 23 17 JUMLAH 182 236 JUMLAH KESELURUHAN 418 **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor