Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

105) PERNIAGAAN UPTOWN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Didapati ramai peniaga uptown di Puncak Alam gulung tikar akibat kadar sewa yang tinggi dan kekurangan pengunjung. Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

    1. Uptown Alam Jaya dikelola dan diselenggara oleh pihak Swasta iaitu Barisan Elite Sdn. Bhd. Pihak MDKS hanya mengenakan lesen penjaja individu iaitu RM 74.00
  2. Setakat ini bagaimanakah prestasi perniagaan di tapak-tapak uptown kawasan lain?

    Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor sudah adakan perbincangan antara wakil peniaga, pengusaha dan pemaju pada 16 Mac 2011. Pada dasarnya pihak pemaju bersedia mengurangkan kadar sewa dari RM300.00 kepada RM200.00 seperti yang diminta oleh wakil peniaga untuk tempoh 6 bulan

Lampiran

Tiada Lampiran.