Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

153) PERNIAGAAN TANPA LESEN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah peniaga-peniaga berlesen di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

    Jumlah bilangan peniaga-peniaga yang berlesen mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebanyak 241,150 dan pecahan adalah seperti berikut:

     

    PBT

     

    JUMLAH PENIAGA BERLESEN SEHINGGA TAHUN 2024
    MBSA 33,910
    MBPJ 34,430
    MBSJ 29,640
    MBDK 17,604
    MPS 15,017
    MPKJ 39,558
    MPAJ 16,122
    MPSP 15,868
    MPKL 16,303
    MPKS 6,117
    MPHS 9,070
    MDSB 7,511
    JUMLAH 241,150
  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menangani isu peniaga tanpa lesen atau peniaga atas tanah haram?

    Kerajaan Negeri melalui PBT telah melaksanakan beberapa kaedah untuk menangani isu peniaga tanpa lesen atau peniaga atas tanah haram. Kaedah dan pelan tindakan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

    • Proses pemantauan atau tindakan pemutihan;

     

    • Mengadakan sesi libat urus bersama peniaga-peniaga;

     

    • Mengeluarkan kompaun bagi kesalahan perniagaan tanpa lesen di bawah di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 yang berkuat kuasa semasa;

     

    1. Membuat sitaan ke atas barang perniagaan pemilik perniagaan dan disimpan sehingga kompaun dijelaskan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 yang berkuat kuasa semasa;

     

    • Mana-mana premis ini boleh dilaksanakan tindakan penutupan premis sehingga pemilik memohon lesen dan lesen dikeluarkan untuk peniaga tersebut;

     

    • Tindakan penguatkuasaan bersepadu oleh PBT bersama Pejabat Daerah dan Tanah di bawah Kanun Tanah Negara bagi tindakan perobohan; dan/ atau

     

    • Memberi peluang kepada peniaga-peniaga untuk memohon premis atau tapak perniagaan yang disediakan oleh PBT secara sah.

Lampiran

Tiada Lampiran.