Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

32) PERNIAGAAN HARAM TAMAN KANAGAPURAM, PJ

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah statistik penguatkuasaan MBPJ terhadap perniagaan haram di Taman Kanagapuram?

     

     

    Sebanyak 22 premis telah difailkan di mahkamah dari tahun 2017 hingga 2018. Diantaranya sebanyak 18 premis telah di saman dan di jatuh hukum oleh mahkamah dan selebihnya telah dirobohkan oleh pihak majlis.
    Tindakan Penguatkuasaan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan yang sedang diambil terhadap pengusaha-pengusaha perniagaan haram (tanpa kelulusan Majlis) ini adalah seperti berikut:-
    Bil.
    Jenis Aktiviti Yang Diambil Tindakan
    Jenis Notis Penguatkuasaan
    Jumlah
    1
    Pusat Jagaan Tanpa Kelulusan
    Sek. 70 (12), Akta 133
    7 kes
    2
    Aktiviti Menjual Kereta/ Lori
    Sek.27, Akta 172
    5 kes
    3
    Aktiviti Servis Kereta
    Sek. 26, Akta 172
    1 kes
    4
    Pameran Motosikal
    Sek 27, Akta 172
    1 kes
    Jumlah Keseluruhan
    15 kes
    Tindakan Penguatkuasaan yang dijalankan oleh Majlis terhadap pengusaha-pengusaha perniagaan haram (tanpa kelulusan Majlis) ini adalah seperti berikut:-
    Bil.
    Tindakan Jabatan
    Notis Penguatkuasaan
    Jumlah
    1
    Jab. Perancangan Pembangunan
    Akta 133/ Akta 172
    15 kes

     

    PBT
    TINDAKAN PENGUATKUASAAN
    KOMPAUN
    2018
    2019
    MBPJ
    79
    13

     

     

  2. Mengapakah MBPJ tidak bertindak tegas untuk sita barang niaga untuk premis haram ini?

    Pihak Majlis tidak dapat melaksanakan tindakan sitaan ke atas aktiviti-aktiviti perniagaan terlibat kerana Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBPJ 2007 sedang melalui proses pindaan. Peruntukan UUK yang sedang dipinda ini adalah melibatkan UUK 38(1) dan UUK 38(2) yag hanya memperuntukkan tindakan penyitaan dijalankan ke atas premis berlesen seperti berikut:-
    i. Peruntukan UUK 38(1)
    Pihak Berkuasa Melesen atau pegawai diberi kuasa yang menjalankan kuasa di bawah undang-undang kecil 36 dan 37 , boleh menyita apa-apa benda yang semunasabahnya dipercayai olehnya sebagai mempunyai kaitan dengan, atau dapat memberikan keterangan tentang, pelakuan sesuatau kesalahan di bawah Undang-Undang ini.
    ii. Peruntukan UUK 38(2)
    Pihak Berkuasa Melesen atau pegawai diberi kuasa yang menyita apa-apa benda di mana-mana premis berlesen di bawah perenggan (1) hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan segera menyerahkan suatu salinan yang ditandatangani olehnya kepada pemegang lesen, penghuni atau tuan punya premis berlesen itu atau pengkhidmat atau ejennya yang berada di premis berlesen itu.

Lampiran

Tiada Lampiran.