Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
13) PERMOHONAN UNTUK BANTUAN KEBAJIKAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan permohonan untuk bantuan kebajikan di Negeri Selangor mengikut kategori bantuan?
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2013, JKM Selangor telah menerima sebanyak 3619 permohonan bantuan.
-
Berapakah bilangan permohonan yang diluluskan atau ditolak mengikut kategori bantuan?
Bagi tempoh Januari hingga Mei 2013, JKM Selangor telah meluluskan sebanyak 2052 permohonan bantuan dan sebanyak 1694 permohonan ditolak. Jadual di bawah adalah pecahan permohonan bantuan yang diluluskan mengikut kategori bantuan :
BIL SKIM BANTUAN JENIS BANTUAN JUMLAH KES 1 Persekutuan Bantuan Anak Pelihara 10 2 Bantuan Kanak-kanak 408 3 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja 310 4 Bantuan Orang Tua 448 5 Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik / OKU Terlantar 177 6 Elaun Pekerja Cacat 385 7 Bantuan Latihan Aperantis 305 8 Negeri Bantuan Am 9 JUMLAH 2052 Antara sebab-sebab permohonan ditolak / didapati tidak layak adalah seperti berikut :
- Pendapatan keluarga pemohon telah melebihi syarat had kelayakan penerima bantuan JKM;
- Pemohon mempunyai anak yang telah dewasa dan bekerja serta mampu memberi sumbangan / menyara kehidupan pemohon;
- Pemohon masih sihat dan berupaya untuk bekerja serta berdikari untuk menyara kehidupan sendiri/keluarga;
- Pemohon didapati mempunyai harta yang mengeluarkan hasil / sumber kewangan sampingan seperti pencen, PERKESO, bantuan LZS dan lain-lain;
- Pemohon telah meninggal dunia atau berpindah .
-
Apakah purata masa menunggu untuk setiap permohonan?
Berdasarkan daripada Piagam Pelanggan Permohonan Bantuan Kewangan JKM, keputusan permohonan bantuan akan dimaklumkan dalam masa satu (1) bulan dari tarikh permohonan yang telah lengkap diterima.