Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
235) PERMOHONAN TOL
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Pejabat Tanah boleh mengeluarkan TOL kepada MBPJ yang telah lama memohon tanah untuk membina tempat letak kereta di kawasan LRT Kelana Jaya dan LRT Taman Bahagia?
Pejabat Tanah Petaling telah mengeluarkan kelulusan permohonan Lesen
Pendudukan Sementara (TOL) kepada pihak MBPJ berdasarkan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 37/2011 pada 7 Disember 2011 dan telah disahkan pada MMKN ke 38/2011 pada 14 Disember 2011.
Surat kelulusan TOL telah dikeluarkan kepada MBPJ pada 20 Jun 2012 setelah tertangguh untuk mendapatkan ulasan dan syarat daripada pihak TNB ( bertarikh : 01/06/2012) dan untuk mendapatkan jumlah bayaran setelah dikira nilaian tanah semasa daripada JPPH ( bertarikh : 24/05/2012)
Bayaran yang dikenakan berjumlah RM 24,000.00 setahun dan bayaran wang cagaran sebanyak RM 48,000.00 (jumlah bayaran adalah mengikut nilaian semasa daripada JPPH)
Walaubagaimanapun, Lesen Pendudukan Sementara tidak dapat dikeluarkan kerana MBPJ mengemukakan rayuan untuk pengurangan jumlah bayaran yang telah dikenakan kepada mereka. Kertas Ringkasan bagi tujuan rayuan pengurangan bayaran yang telah disediakan untuk tindakan lanjut pentadbiran.