Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

86) PERMOHONAN TAPAK BAHARU PDK HULU KELANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk bantuan yang pernah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Hulu Kelang?

    Pemulihan Dalam Komuniti Hulu Kelang setakat ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan secara khusus oleh Kerajaan Negeri.

  2. Apakah pendirian dan tindakan kerajaan terhadap permohonan satu tapak tanah bagi pembinaan baharu PDK Hulu Kelang?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor tidak menerima sebarang permohonan bagi mendapatkan satu tapak tanah bagi pembinaan baharu PDK Hulu Kelang.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat  telah menyalurkan peruntukan geran kewangan kepada PDK Hulu Kelang yang merangkumi sewa premis, utiliti, bayaran Penyelia dan Petugas serta Elaun kepada Pelatih.  Di samping itu, JKM turut menyalurkan geran aktiviti kepada PDK untuk pelaksanaan program pemulihan OKU dan komuniti.

  3. Bagaimanakah kerajaan boleh memanfaatkan fokus PDK Hulu Kelang dengan sekaligus menjalankan program pemulihan OKU di Gombak, Ampang dan Lembah Jaya?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan.  Oleh itu, penglibatan semua pihak amat digalakkan bagi memastikan program pemulihan OKU dalam komuniti dapat direalisasikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.