Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
235) PERMOHONAN TANAH DI KAMPUNG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kriteria untuk memohon tanah di kampung.
Kriteria yang ditetapkan dalam permohonan pemberimilikan tanah kerajaan adalah tanah yang telah lama diduduki atau didiami dan pemohon adalah pihak yang berkelayakan seperti yang telah diperuntukkan di dalam Seksyen 43 Kanun Tanah
Berdasarkan Pekeliling PTGS bil. 6/2011 (Garis Panduan Skim Pemberimilikan Tanah Kerajaan untuk tujuan bangunan kediaman persendirian di Negeri Selangor), pengusaha asal yang telah mengusahakan atau menduduki tanah sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada tarikh 1 Januari 2008 adalah berkelayakan diberikan kelulusan permohonan. Bagi membantu mereka, Kerajaan Negeri telah memberikan pilihan kaedah pembayaran premium tanah melalui dua (2) kaedah yang telah ditetapkan.
Selain daripada kriteria-kriteria atau syarat-syarat di atas, Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan kelulusan pemberimilikan kepada pemohon yang memohon tapak kediaman secara berkelompok atau individu. Asas pertimbangan yang akan diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan objektif berikut;-
- Menyelesaikan masalah orang ramai berkaitan ketidakmampuan menjelaskan bayaran premium tanah;
- Memberi peluang kepada rakyat Negeri Selangor membuat pilihan untuk menentukan kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing;
- Membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan isu pendudukan setinggan di atas tanah kerajaan ; dan
- Mempertingkatkan aspek Urus Tadbir dalam Pentadbiran dan Pengurusan Tanah Negeri
Skim pemberimilikan kediaman melalui Pekeliling PTGS Bilangan 6/2011 (garis Panduan Skim Pemberimilikan Tanah Kerajaan untuk tujuan bangunan kediaman persendirian di Negeri Selangor) yang menawarkan dua pilihan kaedah bayaran sama ada bayaran nominal RM1,000.00 atau diskaun 30% daripada bayaran premium yang dikenakan sekiranya dalam tempoh notis.
Selain itu, Kerajaan Negeri telah memberi pilihan kaedah bayaran kepada pemohon untuk menjelaskan bayaran premium melalui Pekeliling PTGS Bil. 1/2016 (kaedah pembayaran premium dan premium tambahan ke atas kelulusan permohonan pemberimilikan dan pembangunan tanah di Negeri Selangor) seperti berikut:-
- Melanjutkan tempoh bayaran premium dan premium tambahan seperti berikut:-
Pembayaran premium Notis Borang 5A
12 bulan Pembayaran premium tambahan Notis Borang 7G 6 bulan + 1 bulan (tambahan caj 3%) Pengurangan bayaran premium sehingga 42% melalui pemendekan tempoh pegangan pajakan daripada 99 tahun kepada 60
-
Senaraikan jumlah tanah kampung tradisi dan kampung baru yang telah di luluskan sejak tahun 2013 sehingga kini.
PTGS telah melakukan semakan ke atas semua daerah yang terlibat iaitu Klang, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor, Gombak dan Sabak Bernam. Hasil semakan tersebut mendapati sebanyak seratus enam belas
(116) Kampung Baru dan tiga (3) hak milik yang melibatkan Bagan
mengikut daerah seperti berikut:-
Daerah Kampung Baru (Jumlah Hak milik) Bagan (Jumlah Hak milik) Klang 3 Tiada Hulu Selangor 4 Tiada Kuala Langat 4 Tiada Daerah Kampung Baru (Jumlah Hak milik) Bagan (Jumlah Hak milik) Kuala Selangor 50 3 Sepang Tiada Tiada Hulu Langat Tiada Tiada Gombak 5 Tiada Sabak Bernam 50 Tiada Petaling Tiada Tiada Jumlah keseluruhan 116 3 Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)
-
Senaraikan tanah yang telah di luluskan kepada pemohon bukan orang kampung dan jelaskan sebabnya, jika ada.
Tanah-tanah yang diluluskan kepada pemohon bukan orang kampung kebiasaannya diberikan kepada Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk dibangunkan berpandukan kepada Dasar perumahan mampu milik di Negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan menawarkan rumah Selangorku dengan harga serendah RM42,000. Sebagai contoh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Integrated (MBI), Permodalan Nasional Berhad (PNSB) dan