Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

89) PERMOHONAN STRATA RUMAH PANGSA PJS 7/15

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pengeluaran hakmilik strata bagi rumah pangsa PJS 7/15?

    Untuk makluman Yang Berhormat, maklumat bagi rumah pangsa tersebut adalah seperti berikut:

     

    Hakmilik : PN 119043 Lot 86707 Bandar Sunway
    Daerah : Petaling
    Status :       i.        Tarikh terima Permohonan Pecah Bahagi Bangunan dan Permohonan Meminda Syarat Nyata untuk skim ini pada 26 April 2021.

     

    ii.        Permohonan Meminda Syarat Nyata telah diluluskan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada 20 September 2021. Notis 7G telah dikeluarkan kepada pihak pemaju untuk tujuan bayaran premium tambahan pada 27 Oktober 2021 tetapi pemaju masih belum menjelaskan premium tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.