Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
21) PERMOHONAN SIJIL HALAL MAKANAN VEGETARIAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah prosidur permohonan pensijilan halal untuk industri pemakanan khususnya permohonan makanan vegetarian yang dikendalikan oleh masyarakat bukan Muslim?
Produk makanan vegetarian adalah termasuk di dalam kategori industri yang layak untuk permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Permohonan ini boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem MYeHALAL di laman sesawang apps.halal.gov.my.
Sebelum sesuatu permohonan dikemukakan, para pemohon adalah dikehendaki untuk memahami dan memenuhi 5 kriteria berikut:
1. Pematuhan hukum syarak
2. Pematuhan standard
3. Pematuhan undang-undang
4. Pematuhan garis panduan
5. Pematuhan pekeliing berkaitan pensijilan halalKesemua maklumat lanjut berkaitan 5 kriteria di atas dan perkara-perkara lain berkaitan pensijilan halal boleh didapati melalui laman sesawang www.halal.gov.my.
Pemohonan baharu kali pertama adalah disarankan untuk menghubungi urus setia pensijilan halal di Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk penjelasan dan panduan lanjut melalui talian 5514 3724/3721/3573 sebelum sesuatu permohonan itu dikemukakan.