Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

146) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU DAN RUMAH IDAMAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini projek belum siap dan dalam perancangan keseluruhan unit Rumah Selangorku mengikut daerah.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Sehingga 1 Oktober 2022, sebanyak 12,799 unit sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 77,699 unit masih di dalam peringkat perancangan. Perincian statistik RSKU yang tersebut mengikut daerah adalah seperti berikut :-

    Perincian Status RSKU Belum Siap Bina Mengikut Daerah

    Status Daerah

    Bilangan Unit

    Jumlah Keseluruhan

    Dalam Pembinaan Gombak

    1,075

    12,799

    Hulu Langat

    2,785

    Hulu Selangor

    925

    Klang

    404

    Kuala Langat

    1,453

    Kuala Selangor

    903

    Petaling

    2,779

    Sepang

    2,475

     

     

    Perincian Status RSKU Dalam Perancangan Mengikut Daerah

    Dalam Perancangan Gombak

    16,383

    77,699

    Hulu Langat

    10,456

    Hulu Selangor

    1,532

    Klang

    7,841

    Kuala Langat

    9,064

    Kuala Selangor

    4,519

    Petaling

    16,246

    Sabak Bernam

    24

    Sepang

    11,634

    JUMLAH KESELURUHAN

    120,339

  2. Berapakah jumlah permohonan Rumah Selangorku dan Rumah IDAMAN yang telah berjaya, tidak layak dan
    menunggu?

    Sehingga 1 Oktober 2022, jumlah keseluruhan permohonan Rumah Selangorku dan Rumah Idaman MBI yang telah berjaya ditawarkan adalah seramai 42,676 pemohon, tidak layak dan menolak tawaran adalah seramai 38,454 pemohon manakala seramai 86,859 orang yang dalam status menunggu tawaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.