Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

51) PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik permohonan Rumah Selangorku sehingga kini mengikut daerah.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan Rumah Selangorku dari tahun 2014 sehingga kini adalah seramai 49,423 Pecahan permohonan mengikut daerah adalah seperti berikut :-

    BIL DAERAH JUMLAH
    1 PETALING 15,173
    2 KLANG 7,572
    3 HULU LANGAT 9,823
    4 SEPANG 6,372
    5 GOMBAK 4,793
    6 KUALA LANGAT 2,513
    7 KUALA SELANGOR 2,453
    8 SABAK BERNAM 249
    9 HULU SELANGOR 475
    JUMLAH 49,423
  2. Berapakah peratusan permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu?

    Pecahan permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu adalah seperti berikut :-

    BIL DAERAH JUMLAH
    1 Berjaya Ditawarkan 12,644
    2 Tidak Layak 6,102
    3 Menunggu 21,834
    4 Tamat Tempoh Pendaftaran 2 tahun 8,843
    JUMLAH 49,423

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.