Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

176) PERMOHONAN RUMAH DI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini projek belum siap dan dalam perancangan keseluruhan unit Rumah Selangorku dan Rumah Idaman Selangor mengikut daerah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 120,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2022. Sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 29,155 unit RSKU telah siap dibina, 12,627 unit sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 78,614 unit masih di dalam peringkat perancangan. Bagi Rumah Idaman MBI, secara keseluruhannya, sebanyak 60,084 unit Rumah Idaman MBI telah diluluskan untuk pembinaan sehingga 30 Jun 2022. Sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 1,335 unit Rumah Idaman MBI telah siap dibina dan diserahkan kunci, 4,744 unit sedang dalam pembinaan dan sebanyak 54,005 unit masih dalam peringkat perancangan. Perincian Status RSKU dan Rumah Idaman MBI mengikut daerah adalah seperti berikut :-

     

  2. Berapakah jumlah permohonan Rumah Selangorku dan Rumah Idaman Selangor yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu?

    Sehingga 1 Julai 2022, jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya adalah seramai 41,493 pemohon, tidak layak dan menolak tawaran adalah seramai 37,433 pemohon dan pemohon dalam status senarai menunggu seramai 86,518 pemohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.