Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
193) PERMOHONAN RIBI PERSATUAN PENGANUT2 HINDU SRI SITTHI VINAYAGAR BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan permohonan tapak tanah RIBI untuk membina sebuah kuil Hindu yang dikemukakan oleh Persatuan Penganut-penganut Hindu Sri Sitthi Vinayagar Bandar Saujana Putra Jenjarom sejak bulan Januari 2015?
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat sedang dalam tindakan penyediaan kertas ringkasan ke atas permohonan tapak kuil daripada Persatuan Penganut Hindu Sri Sitthi Vinayagar, Bandar Saujana Putera untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
-
Adakah lokasi yang dipohon di SP8, Bandar Saujana Putra bersaiz 0.637 ekar di Lot 26141(PT24389) sesuai di pohon sebagai tapak RIBI, khususnya kuil?
Mengikut pelan pra-hitungan yang diluluskan oleh Majlis Daerah Kuala Langat pada 6 Disember 2010, tapak seluas 0.637 ekar di Lot 26141 (PT 24389) adalah diperuntukkan untuk Rumah Ibadat Bukan Islam.
-
Setakat ini ada mana-mana pihak lain memohon tapak ini sebagai RIBI?
Setakat ini, tiada permohonan bagi maksud Rumah Ibadat Selain Islam yang diterima daripada pihak lain selain daripada Persatuan Penganut-Penganut Hindu Sri Sitthi Vinayagar Bandar Saujana Putra Jenjarom ke atas tapak ini.